Hubungan sikap dan penglibatan tenaga pengajar dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Kolej Vokasional
Type
Thesis
Main Author
Mohd Sazali Abd Hamid
Subject
T Technology (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of publication
2023
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap hubungan sikap dan penglibatan tenaga
pengajar dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Kolej Vokasional
secara lebih signifikan mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
sekolah. Kurangnya kajian empirikal di sekolah-sekolah menyebabkan isu keselamatan
dan kesihatan yang timbul tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Model Teori
Heinrich dan Teori Domino dijadikan sebagai tunjang kepada kajian ini. Rekabentuk
kajian kuantitatif secara tinjauan digunakan untuk memperoleh data di lapangan.
Instrumen yang digunakan adalah adaptasi daripada Mazlan (2017) dan Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (2018). Sebanyak 40 item telah
digunakan untuk menentukan ukuran sikap, pengaruh dan penglibatan tenaga pengajar
di Kolej Vokasional. Dapatan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS untuk
menjelaskan korelasi dan regrasi berdasarkan data. Analisis deskriptif digunakan untuk
menjelaskan mengenai demografi responden kajian manakala analisis statistik inferensi
iaitu analisis ujian korelasi pearson dan analisis ujian regresi pelbagai bagi menguji
hipotesis kajian. Hasil kajian telah mengenal pasti hubungan yang signifikan dalam
ujian korelasi pearson iaitu r = 0.464. Pemboleh ubah sikap tenaga pengajar ternyata
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemboleh ubah amalan keselamatan dan
kesihatan dalam pekerjaan di tempat kerja. Pemboleh ubah penglibatan tenaga pengajar
turut mempunyai hubungan yang signifikan iaitu r = 0.881. Hasil kajian bagi ujian
regresi pelbagai β= 0.53 telah mengenal pasti pengaruh kepada pemboleh ubah kriterion
iaitu di dalam kajian ini dengan amalan keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan di
tempat kerja. Sehubungan itu semua hipotesis null kajian telah ditolak. Beberapa
implikasi kajian yang harus diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan seperti
memperbanyakkan kajian-kajian, meningkatkan budaya amalan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan untuk menyediakan pelajar sebagai individu yang kompeten dalam
amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.