UPSI Digital Repository (UDRep)

Konsep Ulul Albab dalam Al-Quran dan hubungannya dengan pembelajaran kursus Sains, Teknologi dan Manusia di UTM Kuala Lumpur

AVAILABLE Article 529 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Konsep Ulul Albab dalam Al-Quran dan hubungannya dengan pembelajaran kursus Sains, Teknologi dan Manusia di UTM Kuala Lumpur
Type
Article
Main Author
Nik Mohd Zaim Ab Rahim
Additional Authors
  • Zilal Saari
  • Ahmad Marzuki Mohamad
  • Mohd Hambali Rashid
  • Nor Izzati Mohamad Norzilan
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Q Science
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2022
Degree Type
Not related
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk meneliti konsep Ulul Albab dalam al-Quran dan hubungannya dengan proses pembelajaran kursus Sains, Teknologi dan Manusia (STM) di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Istilah Ulul Albab disebutkan sebanyak 16 kali dalam al-Quran menerusi pelbagai surah dan ayat. Ia membawa makna seseorang yang memiliki ketajaman instuisi dan intelektual yang tinggi untuk mendepani cabaran zaman. Sepuluh tajuk dalam STM antara lain mengetengahkan perihal falsafah dan budaya ilmu, perpindahan ilmu dari dunia Islam ke Barat, isu-isu semasa dan penyelesaiannya terhadap sains dan teknologi serta sumbangan ilmuan Muslim dalam bidang berkaitan sains dan teknologi. Penelitian ini berbentuk tinjauan dan metode analisis isi kandungan diaplikasi bagi mendapatkan data, manakala metode induksi dan metode deduksi digunakan bagi menganalisis data. Hasil penelitian mendapati pengajaran dan pembelajaran kursus STM mempunyai hubungan yang signifikan dengan konsep tazakkur dan tafakkur dalam Ulul Albab yang menekankan kesepaduan antara zikir dan fikir. Ini dapat dilihat umpamanya dalam bab pertama mengangkat tema tafakkur yang selari dengan penggunaan akal dan pembudayaan ilmu dalam Islam. Tegasnya, kursus STM memberi penekanan kepada pewujudan pemikiran wasatiyyah, realistik dan saintifik yang dihasratkan oleh pihak kerajaan menjelag tahun 2050. Kata kunci: Ulul albab, sains dan teknologi, budaya berfikir, kursus STM, generasi wasatiyyah

References

Al-Quran al-Karim.

Acikgenc, Alparslan (2014). Islamic Scientific Tradition in History. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.

Adnan, A.A.Z. & Rahman, M.S.A. (2021). Analisis sistematik terhadap ayat-ayat Ulul Albab dalam al-Quran dan pemetaan model pemikiran Ulul Albab. Dlm. E-proceeding 1st International e-Conference of Ulul Albab. Tanjong Malim: UPSI. 338-346.

Ahmad Rifai (2020). Konsep Ulu Al-Albab Dalam al-Quran dan Implementasinya Dalam Pendidikan Islam. Skripsi Sarjana Pendidikan Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta. Tidak diterbitkan.

Nik Mohd Zaim Ab Rahim et. al (2022). Penghayatan Kehidupan dan Ketersediaan Mahasiswa Melalui Pembelajaran Bermakna Melalui Kursus Sains Teknologi & Manusia (STM) Di UTM Kuala Lumpur. dlm. Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail & Mashitah Sulaiman (peny.). E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami (i-STET) 2022. Nilai: Penerbit USIM. pp. 433-439.

Ramli Awang et. al (2014). Sains, Teknologi dan Manusia. cet. 3. Johor Bahru: Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.

Ramli Awang et. al (2020). Sains, Teknologi dan Manusia. cet. 8. Johor Bahru: Akademi Tamadun Islam, FSSH Universiti Teknologi Malaysia.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.