Hubungan kefahaman bacaan program NILAM dengan prestasi pencapaian bahasa Melayu pelajar tahun 6
Type
Thesis
Main Author
Rusuhaiza Sulaiman
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2009
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan kefahaman bacaan program NILAM dengan
prestasi pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan subjek kajian. Subjek kajian terdiri daripada 165
orang pelajar tahun 6 dari sebuah sekolah yang dipilih di Ipoh, Perak. Instrumen yang digunakan
untuk mengumpul data tentang kefahaman bacaan ialah satu skala yang diubahsuai dan diterjemah
daripada McLain, Gridley, dan McIntosh (1991) yang dinamakan Indeks Kesedaran Bacaan untuk
mengumpul data tentang prestasi kefahaman yang terdiri daripada satu ujian pemahaman dalam
bentuk subjektif yang terdiri daripada 1O petikan pemahaman. Instrumen untuk mengumpul data
tentang pencapaian bahasa Melayu adalah terdiri daripada satu Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
Penggal 2 (2008). Satu soal selidik juga digunakan untuk mengumpulkan data tentang latar belakang
subjek. Kajian ini juga dianalisa menggunakan perisian "Statistical Package For Sosial Science"
atau "Pakej Statistik Untuk Sains Sosial" (SPSS) versi 11.0. Dapatan kajian yang utama menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara Indeks Kesedaran Bacaan yang melibatkan kefahaman
bacaan dengan skor ujian kefahaman. Selain itu, terdapat korelasi pada tahap yang baik
antara skor ujian kefahaman dengan pencapaian bahasa Melayu. Dapatan juga menunjukkan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara Indeks Kesedaran Bacaan dengan faktor jantina, bangsa,
kemahiran bahasa, dan pencapaian bahasa Melayu dalam peperiksaan di sekolah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.