UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembelajaran bermakna melalui permainan “cardboard challenge”

AVAILABLE Article 3400 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Pembelajaran bermakna melalui permainan “cardboard challenge”
Type
Article
Main Author
Muhamad Fadzil Noorfarahin, Fadhil Farahdilla,
Subject
LB Theory and practice of education
ISSN
1394-7176
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of publication
2016

Abstract

Main adalah perkara semulajadi dalam pendidikan awal kanak-kanak (Froebel 1887). Bagi menarik minat kanak-kanak, pembelajaran haruslah memberi makna, terutama dalam persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pelatih di Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) melalui persembahan poster. Guru pelatih didedahkan dengan pengajaran berkonsepkan i-play to nurture (ip2n) iaitu proses pembelajaran bermakna melalui bermain dan persekitaran yang menggembirakan serta kemahiran mendapatkan ilmu pengetahuan dan pengaplikasian untuk diri dan ahli masyarakat. Pendedahan aktiviti seperti cardboard challenge yang disediakan secara berkumpulan oleh guru pelatih menggunakan bahan kitar semula seperti kotak, mounting board, kertas dan lain-lain mampu memberi keseronokan dalam bermain. Model ADDIE yang merangkumi lima komponen iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian digunakan sebagai panduan bagi pelaksanaan aktiviti oleh guru pelatih semasa melaksanakan aktiviti cardboard challenge. Beberapa permainan direkacipta oleh guru pelatih dan dipersembahkan secara pertandingan yang melibatkan kanak-kanak prasekolah dan TADIKA. Pertandingan ini dilaksanakan setiap tahun sebagai cardboard challenge dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dan TADIKA sekitar KPAKK. Strategi pengajaran ini mampu melatih guru-guru pendidikan awal kanak supaya kreatif dan berinovasi, boleh bekerjasama sesama rakan dan berkemahiran menjana idea serta memupuk semangat kelestarian dalam pendidikan awal kanak-kanak.

References

1. Allen. M, Sites. R (2012). Leaving ADDIE For SAM : An Agile Model For Developing The Best Learning Experiences. Amerika. 2. Eima Afif. Bahan Bantu Mengajar. Diperoleh daripada https://www.academia.edu/6296312/BAHAN_BANTU_MENGAJAR. 3. Mary D.S (2011) Playing in Early Childhood From Birth to Six Years. USA Routledge. 4. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional. 5. Smeeta Singh (2016). Imagination Foundation Launches 2016 Earth Day Cardboard Challenge In Collaboration With Time Warner Cable. Diperoleh daripada http://imagination.is/2016/04/imaginationfoundation-launches-2016-earth-day-cardboard-challenge-in-collaboration-with-time-warner-cable/#.V4daIfl97IU. 6. Wood, E. (2013). Play, Learning and the Early Childhood Curriculum (3rd Edition ed.). London: SAGE. 7. Zol Azlan bin Hamidin. (2004). “Strategi Pengajaran”. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.