Amalan pembelajaran tahfiz al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Ad-Din Perak Darul Ridzuan
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Khairul Firdhaus Abdullah
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2019
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap amalan pembelajaran tahfiz al-Quran berdasarkan
elemen-elemen persediaan pelajar dan proses pembelajaran seperti kaedah hafazan, alat bantu
hafazan, dorongan, permasalahan pelajar dan pencapaian hafazan al-Quran yang terdapat di institusi
pengajian tahfiz al-Quran. Kajian ini melibatkan 366 orang pelajar Maahad Tahfiz AI-Quran Addin di
Perak Darul Ridzuan. lnstrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan ujian
al-Quran secara bertulis bag mendapatkan maklum balas. Data kuantitatif daripada soal selidik
dianalisis secara deskriptif menggunakan Statiscal package for Social Sciences (SPSS) untuk
mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk
mengukur tahap hubungan antara variable tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan
signifikan yang positif pada tahap sederhana (r = 0.645) di antara elemen kaedah hafazan dengan
persediaan pelajar. Sementara itu, elemen-elemen yang lain iaitu alat bantu hafazan, dorongan
permasalahan pelajar dan pencapaian tahriri menunjukkan hubungan yang signifikan pada tahap yang
rendah. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan pada tahap sederhana dan
lemah antara lima elemen ini dengan persediaan pelajar. Sehubungan itu, hasil kajian ini
menunjukkan amalan lima elemen ini boleh menghasilkan huffaz yang lebih berkualiti. lmplikasinya,
perubahan secara berperingkat dalam amalan pembelajaran wajar dilaksanakan pada masa akan
datang di semua institusi tahfiz untuk meningkatkan kualiti hafazan al-Quran.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.