Tingkah laku devian dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di SMK Melugu Sri Aman, Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Naqsyuwandi Jeraee
Subject
HM Sociology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti permasalahan
tingkah laku devian yang berlaku di kalangan pelajar di salah sebuah sekolah di
daerah di Sarawak iaitu Daerah Sri Aman. Kajian ini adalah berbentuk kajian
kualitatif deskriptif dan responden kajian ini adalah seramai 6 orang guru dan 8 orang
pelajar yang terpilih sebagai sampeL Soalan temu bual digunakan sebagai instrumen
kajian. Soalan temu bual yang diedar mengandungi 21 item, namun penyelidik hanya
lebih memfokuskan kepada jenis-jenis tingkah laku devian pelajar di dalam kelas,
punca-punca berlakunya tingkah laku devian peiajar di dalam kelas, dan strategi yang
perlu dikenal pasti oleh guru untuk menangani masalah tingkah laku devian di dalam
kelas semasa pdp. Data yang diperolehi di analisa secara manual menerusi analisis
interpritasi kod dan ditafsir dengan cara tafsiran kod. Terdapat juga beberapa statistik
daripada dokumen asal di analisis secara manual. Dapatan kajian ini telah mengenal
pasti beberapa aspek penting mengenai masalah gejala sosial dikalangan pelajar di
sekolah di Daerah Sri Aman Sarawak. Hasil statistik yang dikeluarkan menjadi
penyokong bagi dapatan yang telah diperolehi dan mempunyai beberapa persamaan
daripada jawapan persoalan kajian temubual yang dijalankan. Ini menunjukkan hasil
keseluruhan aspek-apsek yang dikaji membuktikan masalah tingkah laku devian di
kalangan pelajar di SMK Melugu Sri Aman, Sarawak berada pada tahap sederhana
namun perhatian perlu diberi agar tingkah laku ini tidak akan menjadi lebih serius.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.