UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA75 Electronic computers. Computer science
Main Author :Tasaratha Rajan Anamalai
Title :Keberkesanan pendekatan gamifikasi mudah alih terhadap minat dan pencapaian Matematik murid SJKT
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Komputeran dan META-Teknologi
Year of Publication :2023
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengukur keberkesanan pendekatan gamifikasi mudah alih berasaskan aplikasi Quizizz dalam meningkatkan minat dan pencapaian murid Tahun Lima dalam Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik di tiga buah SJKT di daerah Kinta Selatan, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental yang melibatkan 30 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 30 orang murid dalam kumpulan kawalan. Data dikumpulkan melalui soal selidik minat murid terhadap aplikasi Quizizz dan satu set soalan ujian pra dan pos (pencapaian) yang mengandungi 40 item soalan aneka pilihan. Pengukuran deskriptif digunakan bagi menilai sama ada terdapat perkaitan antara gamifikasi mudah alih dengan pencapaian dan minat murid. Pengukuran inferensi ujian-t pula dijalankan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan signifikan antara skor ujian pos kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dengan penggunaan gamifikasi mudah alih begitu juga ujian kolerasi bagi mengkaji hubungan skor kedua-dua kumpulan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gamifikasi mudah alih dengan pencapaian murid dan minat murid dengan menunjukkan perbezaan skor bagi ujian pos yang lebih tinggi berbanding ujian pra. Dapatan ujian-t pula menunjukkan perbezaan yang signifikan antara skor ujian pos kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan, dengan nilai t(60)=2.243, p=.001 (p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.