UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan mengetahui prestasi kemahiran motor asas murid sekolah negeri
Pahang yang telah melalui proses pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahap Satu
(tahun satu, dua dan tiga) sebagaimana yang ditentukan dalam kurikulum Pendidikan
Jasmani KBSR serta mengetahui keberkesanan pengaruh gender, lokasi dan
pencapaian kemahiran motor asas di Sekolah Projek. Sebanyak 379 sampel (192
lelaki, 187 perempuan) terdiri daripada murid tahun empat dipilih secara rawak dari
sekolah seluruh negeri Pahang. Kajian ex-post facto ini menggunakan ujian lapangan
dengan satu bateri ujian yang mengandungi lima ujian iaitu Larian Zig-zag (r= 0.953),
Lompat Jauh Berdiri (r= 0.974), Imbangan Bangau (r= 0.836), Lantunan Bola Ke
Dinding (r= 0.915) dan Memukul Bola Sotbol (r= 0.934). Semua data mentah
ditukar kepada data kuantitatif dalam bentuk skor-T dan dianalisis menggunakan
Ujian-t Sampel Tidak Bersandar. Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang tidak
signifikan di antara prestasi murid lelaki dengan perempuan (t2 = 0.219 < = 1.960,
2 = 0.05), perbezaan yang signifikan di antara prestasi murid bandar dengan murid
luar bandar (t2 = -2.331 > Um = 1.960, £ = 0.05) dan perbezaan prestasi yang tidak
signifikan di antara murid Sekolah Projek dengan murid Bnkan Sekolah Projek (t2 =
-0.891 < tirm, 0.05 = 1.960). Kajian ini mendapati gender dan pemantauan tidak
menunjukkan pengaruh yang signifikan terhadap kemahiran motor asas murid. Kajian
ini juga dapat menyimpulkan bahawa pada keseluruhannya, prestasi kemahiran motor
asas semua murid lelaki dan perempuan, bandar dan luar bandar, dan Sekolah Projek
dan Bukan Sekolah Projek adalah rendah yang menunjukkan bahawa penguasaan
kemahiran motor asas di kalangan murid Tahap Satu (tahun satu, dua dan tiga) negeri
Pahang tidak selari dengan matlamat kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |