UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA76 Computer software
Main Author :Norhisham Ariffin
Title :Keberkesanan penggunaan cakera padat interaktif (CDRI) dalam pembelajaran penulisan karangan naratif murid tahap 2 di Sekolah Kebangsaan Desa Jaya
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2013
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling sukar diajarkan dan dikuasai oleh seseorang murid. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah untuk menganalisis keberkesanan penggunaan cakera pada tinteraktif (CDRI) terhadap prestasi penulisan karangan naratif 60 orang murid tahap dua (tahun 4 dan tahun 5) pencapaian sederhana. Sampel kajian dipilih terdiri daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Desa Jaya Maran, yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 30 murid bagi kumpulan eksperimen dan 30 murid lagi dalam kumpulan kawalan. Kajian berbentuk kuasai eksperimental ini dijalankan untuk membandingkan keberkesanan penggunaan CDRI dengan kaedah pengajaran menggunakan peta minda dalam pengajaran penulisan karangan naratif. Kedua-dua kumpulan telah diberikan dua ujian, iaitu praujian dan pascaujian untuk membandingkan prestasi penguasaan penulisan karangan naratif. Perisian SPSS (Standard Package for Social Science) digunakan sebagai alat untuk menganalisis Ujian-t: sampel tak bersandar. Dapatan analisis praujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kumpulan eksperimen dan skor min kumpulan kawalan bagi pencapaian karangan naratif, skor min murid kumpulan eksperimen ialah 52.46 (SP=10.22) dan skor min murid kumpulan kawalan ialah 52.60 (SP=11.62). Ujian-t pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skormin yang signihkan, iaitu t(58)=0.047,p>.05. Manakala pada pascaujian pula, skor min murid kumpulan eksperimen mencatatkan 60.86 (SP=12.36), dan murid kumpulan kawalan mencatatkan skor min 53.80 (SP=11.40). Hasil analisis statistik ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signihkan antara kumpulan murid ini dalam pencapaian karangan naratif padat (58)= -2.301, p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.