UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nur Ayuni Ahya Mohd Fisol
Title :Peranan guru dalam interaksi yang sensitif dan responsif terhadap kanak-kanak di tadika
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2019
Notes :With cd
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan guru dalam interaksi yang sensitif dan responsif terhadap kanak-kanak di TADIKA swasta Negeri Kedah. Kajian ini juga meneliti perbezaan bentuk interaksi antara guru dengan kanak-kanak dan juga untuk mengkaji inisiatif aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi. Kajian gabungan digunakan dalam kajian ini. Kajian kualitatif melibatkan analisis tematik berdasarkan Miles dan Huberman. Sampel kajian seramai tiga orang peserta yang terdiri daripada guru tadika swasta. Kajian kuantitatif pula menggunakan kaedah kajian tinjauan yang terdiri daripada 63 orang peserta kajian juga terdiri daripada guru TADIKA swasta. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada 25 item ini dibina berdasarkan dapatan tema daripada kajian temubual. Nilai kebolehpercayaan untuk instrumen kajian mendapati nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang tinggi (α=0.87). Keputusan Ujian Kenormalan data soal selidik pada bacaan skewness (-0.24) dan kurtosis (-0.80) yang menunjukkan data bertaburan normal. Analisis deskriptif menerangkan frekuensi bentuk interaksi dan inisiatif yang dilakukan oleh guru, analisis inferensi melibatkan analisis ANOVA bagi menunjukkan perbezaan interaksi guru mengikut tahap pendidikan guru iaitu SPM, Diploma atau Ijazah. Analisis ANOVA menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (P=0.37>0.05) antara tahap pendidikan guru dengan amalan interaksi guru di TADIKA. Dapatan kajian temubual pula menunjukkan terdapat tema „eye contact‟, „morning talk‟, ekspresi muka, penggunaan bahasa mudah, sentuhan dan pujian. Dikukuhkan lagi dengan data kuantitatif iaitu kekerapan (f): penggunaan bahasa mudah (f=57), pujian (f=56) dan „morning talk‟ (f=51). Tema aktiviti berkumpulan (f=52) dan pergerakan kreatif (f=50) pula merupakan dapatan dari inisiatif aktiviti guru jalankan bersama kanak-kanak. Kesimpulannya, amalan interaksi yang diamalkan oleh guru seperti penggunaan bahasa mudah, pujian, „eye contact‟, sentuhan dan „morning talk‟ dapat mewujudkan interaksi yang sensitif dan responsif terhadap kanak-kanak di tadika. Implikasi kajian menunjukkan peranan guru dalam pengamalan interaksi yang sensitif dan responsif oleh guru dapat mewujudkan pelbagai kaedah untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.