UPSI Digital Repository (UDRep)

Penilaian keberkesanan Program Sarana Ibu Bapa dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah dengan menggunakan Model Penilaian CIPP

AVAILABLE Article 2327 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Penilaian keberkesanan Program Sarana Ibu Bapa dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah dengan menggunakan Model Penilaian CIPP
Type
Article
Main Author
Ab Latif Asyraf, Abdullah Norazilawati,
Subject
LB1501 Primary Education
ISSN
1394-7176
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of publication
2016

Abstract

Program Sarana Ibu Bapa merupakan inisiatif yang diperkenalkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak di rumah dan juga di sekolah. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak di sekolah dan di rumah serta hubungan di antara elemen penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak di rumah dengan pencapaian anak dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Responden kajian terdiri daripada 100 orang ibu bapa dari lima buah sekolah di daerah Perak Tengah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk mencari perhubungan di antara pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak di sekolah dan juga di sekolah berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara elemen penyediaan suasana pembelajaran di rumah, elemen komunikasi dengan anak serta elemen sokongan terhadap kecemerlangan anak dengan pencapaian anak dalam mata pelajaran Sains. Dapatan ini menunjukkan bahawa tinggi atau rendah pencapaian anak dalam mata pelajaran Sains tidak dipengaruhi oleh elemen penyediaan suasana pembelajaran di rumah, elemen komunikasi dengan anak dan elemen sokongan terhadap kecemerlangan anak. Elemen interaksi sosial dengan anak pula didapati mempunyai hubungan songsang yang lemah dengan pencapaian anak dalam mata pelajaran Sains. Kesimpulannya, Program Sarana Ibu Bapa yang diperkenalkan telah berjaya menimbulkan kesedaran di kalangan ibu bapa untuk melibatkan diri dalam pelajaran anak-anak, tetapi ia tidak cukup untuk membantu meningkatkan pencapaian anak mereka dalam mata pelajaran Sains.

References

1. Abd Razak Zakaria. (2011). Hubungan Konteks Keluarga Dengan Penglibatan Ibu Bapa Dan Pencapaian Akademik Anak-Anak Di Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaya. 2. Abidah Abd. Rahman. (2014). Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid Berkeperluan Khas. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3. Arida Febrianti. (2014). Hubungan Suasana Lingkungan Belajar Dengan Motivasi Belajar Siswa Kelas V SD Negeri Gugus III Kota Bengkulu. Universitas Bengkulu. 4. Ariza Cilvia Nora & Erlina Listyanti Widuri. (2011). Komunikasi Ibu Dan Anak Dengan Depresi Pada Remaja. Jurnal Humanitas Vol. VIII No 1(Januari 2011). 5. Epstein, J. L. (2008). Improving family and community involvement in secondary schools. The Education Digest, 73(6), 9-12. 6. Hiatt-Michael, D. B. (2008). Families, Their Children’s Education, And The Public School: An Historical Review. Marriage & Family Review, 43 (1), 39-66. 7. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia. 8. Maharani Dyah Nugrahanti. (2014). Pengaruh Suasana Kondusif dalam Pembelajaran Terhadap Konsentrasi Belajar Siswa di MTS Negeri Wonosegoro Tahun 2014. 9. Mohamad Fadzil Che Amat & Abdul Jaleel Abdul Hakeem. (2013). Menilai Keberkesanan Pelaksanaan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah Di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. 10. Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen & Amir Hasan Dawi. (2009). Status Sosio Ekonomi Dan Komitmen Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. 14th International Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education. 21th – 24th May 2009. 11. Norhaida Shaarani, Muhammad Firdaus Muhammad Sabri, Nor Rosmawati Abdul Karim, Farah Mohd Shahwahid & Haliyana Tonot. (2015). Mengkaji Hubungan Sokongan Ibubapa Terhadap Prestasi Akademik Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015 (2nd ICoMM). 12. Norzalinda. (2004). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Ibu Bapa Dalam Aktiviti PIBG Di Sekolah Menengah Akademik Luar Bandar Di Jitra, Kedah.Skudai. Universiti Teknologi Malaysia. 13. Punch, K. F. (2000). Developing effective research proposal. London: Sage Publication Ltd. 14. Rafidah Rajimin. (2006). Hubungan Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) Bagi Mata Pelajaran Sains: Tinjauan Di Salah Sebuah Sekolah Di Daerah Pontian, Johor.Skudai. Universiti Teknologi Malaysia. 15. Robitoh Astuti. (2011), Komunikasi Orang Tua Dan Anak Perspektif Kisah Dalam Al-Quran. Tesis Pasca Sarjana. Yogyakarta : Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Buildings Approach. Ed. ke-4. New York: John & Wiley. 16. Sheau Tsuey Chong, Juliana Rosmidah Jaafar, Samsudin A. Rahim,Nurhana Zainal, Subhi, N.& Nor Ba’yah Abdur Kadir (2012). Motivasi Diri Dan Dorongan Ibu Bapa Terhadap Minat Akademik Belia. Journal Of Social Science And Humanities Volume 7, Number 1, 026-033, April Special-2012. 17. Wun Thiam Yew & Sunita Tajuddin. (2015). Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Dalam Mata Pelajaran Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima J. Sci. Math. Lett. UPSI Volume 3 (2015) 7 – 14. 18. Yuli Setyowati. (2005). Pola Komunikasi Keluarga dan Perkembangan Emosi Anak. Jurnal Ilmu Komunikasi Volum 2 No 1 (Jun 2005). 19. Zulkifli A. Manaf, Zuraidah Abdullah & Nurul Ayuni. (2015). Prasarana dan Sarana yang Cemerlang yang Terdapat di Beberapa Buah Sekolah Kebangsaan di Hulu Terengganu. Simposium Pendidikan 2015.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.