UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nitce Isa Medina Machmudi Isa
Title :Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek melalui kaedah penilaian Pendidikan Berasaskan Hasil bagi topik \'Ekosistem Terancam\'
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2013
Notes :With cd
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk membandingkan kesan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dengan pembelajaran tradisional (PT) melalui penilaian mengikut kaedah Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH). PBP digunakan dalam mata pelajaran Biologi bagi topik ‘Ekosistem  Terancam’. Kesan PBP bagi pencapaian akademik (domain kognitif), kemahiran sosial (domain afektif)  dan kemahiran manipulatif (domain psikomotor) serta perkaitannya dengan gaya pembelajaran turut  dikaji. Subjek kajian yang disampel secara bertujuan melibatkan 60 orang murid perempuan daripada  dua buah kelas Tingkatan 4 aliran sains yang mengambil mata pelajaran Biologi di sebuah sekolah  bestari di Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi. Tiga jenis instrumen  kajian telah digunakan; ujian pencapaian, rubrik dan soal selidik. Hasil kajian mendapati PBP  memberikan kesan tidak signifikan terhadap pencapaian akademik dan kemahiran manipulatif subjek,  tetapi signifikan untuk kemahiran sosial [U(n₁ =30, n₂=30)=241.50, p>.05]. Nilai min pangkatan  subjek kumpulan PBP (37.45) mengatasi nilai min pangkatan kumpulan PT (23.55) menunjukkan bahawa  kumpulan subjek PBP dalam populasi kajian mempunyai tahap kemahiran sosial yang lebih tinggi  berbanding subjek kumpulan kaedah PT. Penilaian secara kaedah PBH dalam kalangan subjek PBP  menunjukkan  pencapaian  yang  setara  penguasaan  topik  ‘Ekosistem  Terancam’ berbanding PT  menunjukkan pada nilai t (58) = 1.39, p>.05. Walau bagaimanapun didapati  penilaian  mengikut   kaedah  PBH  meningkatkan  pencapaian  subjek  PBP berbanding penilaian secara  tradisional  subjek  yang sama dengan nilai t (29) = 7.85, p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.