UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HJ Public Finance
Main Author :Wan Norlaili W Mohd Noor
Title :Perubahan pendapatan dan perbelanjaan kesan daripada program pembangunan kerajaan di kawasan masyarakat pesisir pantai daerah Besut,Terengganu
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2012
Notes :With cd
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Negeri Terengganu dikenali sebagai sebuah negeri pesisir pantai yang mempunyai keunikan tersendiri.  Namun, mereka ini masih mundur berbanding dengan masyarakat di tanah besar. Oleh itu, kajian ini  bertujuan untuk mengenal pasti sumber dan tingkat pendapatan, mengkaji sumber dan corak  perbelanjaan serta menilai keberkesanan program pembangunan kerajaan ke atas komuniti pesisir  pantai di Besut, Terengganu. Bagi mendapatkan kedudukan sebenar tingkat pendapatan dan corak  perbelanjaan masyarakat pesisir pantai, kajian ini telah menggunakan borang soal selidik sebagai  instrumen kajian dan menggunakan responden seramai 275 orang. Data primer di gunakan dalam kajian  ini sebagai sumber utama. Pengukur status sosio ekonomi komuniti setempat dalam kajian ini adalah  dengan menggunakan pemboleh ubah-pemboleh ubah seperti umur, jantina, tahap pendidikan, bilangan  tanggungan ahli keluarga, pendapatan dan sebagainya. Kerangka teoretikal oleh ahli-ahli ekonomi  klasik seperti Adam Smith dan Robert Malthus digunapakai dan kerangka-kerangka ini memperlihatkan  kaitan- kaitan awal dan teori-teori umum yang berkaitan dengan pembangunan dan kemiskinan. Analisis  data terbahagi kepada analisis deskriptif / frekuensi, analisis korelasi dan analisis regresi yang  menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Kajian ini mendapati, wujud  hubungan positif di antara pemboleh ubah tingkat pendapatan dan jumlah perbelanjaan di mana semakin  tinggi jumlah pendapatan, semakin tinggi perbelanjaan yang dilakukan oleh masyarakat pesisir pantai  Besut. Peningkatan tingkat perbelanjaan masyarakat pesisir pantai memberi indikasi bahawa program  pembangunan kerajaan negeri telah berjaya dilaksanakan. Program pembangunan kerajaan telah memberi  kesan positif ke atas komuniti terutama dalam meningkatkan jumlah pendapatan isi rumah.   Kata Kunci: Program  Pembangunan  Kerajaan,  Pendapatan,  Corak  Perbelanjaan, Komuniti Pesisir Pantai  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.