UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan blog sebagai platform penulisan karangan oleh pelajar-pelajar bukan melayu

AVAILABLE Thesis 651 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pembangunan blog sebagai platform penulisan karangan oleh pelajar-pelajar bukan melayu
Type
Thesis
Main Author
Lee, Hooi Ching
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2011
Notes
With cd
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kemunculan teknologi Web 2.0 telah mengubah corak penggunaan internet. Tanpa perlu pengetahuan dan kemahiran teknikal, sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet boleh  menyampaikan pandangan mereka dalam web. Satu aplikasi popular teknologi Web 2.0 ialah blog dan  ciri asas blog adalah untuk penulisan. Di Barat, banyak kajian telah dijalankan tentang penggunaan  blog dalam proses pengajaran  dan  pembelajaran.  Keberkesanan  penggunaan  blog  dalam  proses  pengajaran dan pembelajaran di Malaysia terutamanya dalam bidang penulisan karangan Bahasa Melayu  tidak lagi diterokai. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan menggunakan model ADDIE dalam  membangunkan blog sebagai platform untuk penulisan karangan Bahasa Melayu dan meninjau persepsi  pelajar tentang penulisan karangan dan penggunaan blog dalam penulisan serta menguji  keberkesanannya. Kajian ini berbentuk kajian kuasi eksperimental dengan sampel kajian terdiri  daripada 84 orang pelajar bukan Melayu. Instrumen kajian ialah borang soal selidik dan set ujian  penulisan karangan. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan persepsi pelajar-pelajar  tentang penulisan karangan dari aspek kemahiran bahasa, masalah penulisan dan pendapat tentang  penulisan, tetapi persepsi pelajar-pelajar tentang kepentingan penulisan karangan tidak banyak  berbeza sebelum dan selepas kajian. Ujian-t untuk dua kumpulan sampel tidak bersandaran  (Independent Samples Test) mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian  markah karangan pelajar dan kemahiran menulis selepas penggunaan blog dalam penulisan. Min markah  karangan bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi secara signifikan  (p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.