Pembangunan modul ICTL berasaskan pendekatan pengajaran langsung dan teori konstruktivisme untuk pelajar orang asli
Type
Thesis
Main Author
Nurul Nisha Muhammad
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2012
Notes
with cd
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan program Information
and Communication Technology Literacy (ICTL) for Secondary School dalam usaha melengkapkan pelajar
dengan kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi. Namun perkara ini masih asing bagi pelajar
di luar bandar terutamanya masyarakat orang Asli. Mereka masih jauh ketinggalan dari segi teknologi
ICT. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul ICTL berasaskan pendekatan pengajaran
langsung dan teori konstruktivisme untuk digunakan oleh guru yang mengajar pelajar orang Asli
tingkatan satu dan menilai kepenggunaan modul tersebut berdasarkan atribut kemudahgunaan dan sikap
pelajar. Model ADDIE digunakan sebagai asas kepada pembangunan modul. Manakala kaedah pemerhatian,
temubual dan penilaian hasil kerja pelajar digunakan semasa penilaian kepenggunaan modul
dijalankan. Sampel kajian terdiri daripada lima pelajar orang Asli Tingkatan Satu dari sebuah
sekolah menengah di daerah Batang Padang. Dapatan kajian menunjukkan skor markah yang diperolehi
pelajar adalah tinggi bagi sub modul 2 dan mencapai keseluruhan objektif pembelajaran bagi sub
modul 2. Manakala penilaian sikap pelajar adalah melalui ekspresi yang ditunjukkan oleh
pelajar dan didapati pelajar menunjukkan minat yang tinggi untuk turut serta dalam aktiviti yang
dijalankan terutamanya semasa menggunakan sub modul 2. Ekspresi positif yang ditunjukkan menjadi
penanda aras terhadap tahap penerimaan pelajar kepada modul ICTL ini. Hasil dari kajian mendapati
hasil penggunaan modul ICTL ini dapat membantu menarik minat pelajar mengikuti pelajaran. Selain
itu, strategi dan pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran dapat mempengaruhi dan menarik minat
pelajar untuk mengikutinya walaupun setiap pelajar mempunyai keupayaan yang berbeza.
Pembangunan modul ini juga dapat membantu dan memandu arah kepada guru dalam merangka pembelajaran
yang dapat mencapai objektif dalam masa yang singkat. Kajian berkaitan pembelajaran orang Asli
perlu diluaskan dalam semua bidang agar mereka tidak tersisih dalam masyarakat.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.