UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HQ The family. Marriage. Woman
Main Author :Noor Aznan Nordin
Title :Kesan poligami terhadap kebajikan anak-anak daerah hilir Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2012
Notes :With cd
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab bapa berpoligami dalam menjaga kebajikan anak-anak mereka di Daerah Hilir Perak. Empat aspek kebajikan yang dikaji iaitu; pendidikan formal, Pendidikan agama, nafkah dan kasih sayang serta perhatian terhadap anak-anak. Kajian ini melibatkan anak-anak dalam keluarga berpoligami di sekolah rendah Daerah Hilir Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan semasa iaitu kuantitatif dan kualitatif dan sampelnya terdiri daripada 80 murid di Daerah Hilir Perak. Temubual dijalankan ke atas suami yang berpoligami, isteri dan juga Timbalan Pegawai Tadbir Agama Daerah Hilir Perak. Data soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif seperti peratus dan frekuensi. Analisis Ujian t (t-test) juga digunakan untuk melihat perbezaan pelaksanaan setiap tanggungjawab bapa berkenaan dengan kebajikan anak-anak. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan keseluruhan peratusan dan skor min pada tahap sederhana, iaitu; aspek pendidikan formal 65.68% (min=3.27), pendidikan agama 68.54% (min=3.41), tanggungjawab memberi nafkah menunjukkan 71.28% (min 3.57), kasih sayang dan perhatian 59.32% (min=2.94) dan). Manakala Ujian t (t-test) pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pendidikan formal, agama, tanggungjawab nafkah dan tanggungjawab kasih sayang serta perhatian terhadap anak-anak dalam keluarga yang berpoligami. Hasil temubual responden kalangan isteri yang dipoligami bersetuju bahawa suami telah melaksanakan tanggungjawab memberikan pendidikan formal, didikan agama, nafkah dan kasih sayang terhadap anak-anak. Kalangan suami yang berpoligami juga menyatakan bahawa segala keperluan anak-anak dari aspek pendidikan formal, agama, nafkah dan kasih sayang telah disempurnakan mengikut keperluan dan kemampuan. Dapatan temubual bersama Timbalan Pegawai Tadbir Agama pula menyatakan bahawa sebilangan kecil sahaja kalangan bapa yang berpoligami di Daerah Hilir Perak melaksanakan tanggungjawab kebajikan terhadap anak-anak. Implikasi dapatan kajian ini terhadap Pejabat Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah, masyarakat dan institusi kekeluargaan turut dibincangkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.