UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Heilmann Zulkifli
Title :Keberkesanan strategi pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan pembangunan kompetensi pelajar dalam mata pelajaran prinsip perakaunan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2010
Notes :With cd
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian eksperimen ini telah menguji keberkesanan strategi pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan pembangunan kompetensi pelajar. Kompetensi yang dikaji ialah kemahiran menyelesaikan  masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja kumpulan dan kemahiran kepimpinan. Tujuan utama  penyelidikan ini  adalah untuk  membandingkan strategi pembelajaran masteri dengan strategi  pembelajaran tradisional dalam pendidikan perakaunan, dengan melihat kesan kedua-dua strategi  pembelajaran terhadap pencapaian prestasi dan pencapaian kompetensi pelajar. Kaedah yang digunakan  di dalam kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang berlangsung selama lapan minggu dan melibatkan  68 orang pelajar. Data dikutip menggunakan soal selidik dan ujian prestasi. Data dianalisis  menggunakan ujian-t dan analisis kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan pencapaian prestasi  dan pencapaian kompetensi pelajar kumpulan strategi pembelajaran masteri lebih tinggi dan  signifikan berbanding dengan pelajar kumpulan strategi pembelajaran tradisional. Secara  keseluruhannya, kebanyakan pelajar kumpulan strategi pembelajaran masteri menerima baik pelaksanaan  strategi pembelajaran masteri. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa strategi  pembelajaran masteri wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam  pendidikan perakaunan bagi meningkatkan pencapaian dan pembangunan kompetensi pelajar.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.