UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan pengujian perisian \edutaiment\ interaktif : kemahiran proses sains asas awal kanak-kanak

AVAILABLE Thesis 917 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pembangunan dan pengujian perisian \edutaiment\ interaktif : kemahiran proses sains asas awal kanak-kanak
Type
Thesis
Main Author
Fadhlina Mohd Razali
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2004
Notes
with cd
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Teknologi  multimedia  merupakan  satu  paradigma  baru  dalam  pengajaran  dan pembelajaran.  Antara teknologi multimedia yang amat popular ialah pembangunan perisian kursus.Guru bertindak  sebagai fasilitator manakala pelajar membina maklumat berasaskan pengetahuan sedia ada mereka.  Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik kerana adanya gabungan elemen-elemen multimedia seperti  teks, grafik, audio dan animasi serta elemen interaktif yang membolehkan pelajar berkomunikasi  secara dua hala dengan perisian. Pengajaran dan pembelajaran yang baik di peringkat pra-sekolah  pula akan  menjadi  asas  kepada  kejayaan  di sekolah.  Antara  kaedah pengajaran  dan  pembelajaran yang diminati oleh kanak-kanak ialah penceritaan. Cerita merupakan satu blok  pengetahuan serta asas memori dan pembelajaran. Cerita mengandungi nilai-nilai kebijaksanaan,  kepercayaan dan moral. Sebagai peralatan pembelajaran, penceritaan dapat menggalakkan kanak-kanak  untuk mengembangkan intektual serta meningkatkan keupayaan untuk berkomunikasi secara lebih jelas  dan teratur. Ini dapat menyokong kehidupan seharian seseorang itu. Penceritaan juga menggalakkan  kanak-kanak untuk menggunakan  imaginasi  mereka.  Imaginasi  dapat  membantu  kanak-kanak  untuk  melahirkan idea baru dan bernas. Penceritaan juga merupakan cara terbaik untuk membimbing  kanak-kanak dalam membentuk nilai-nilai peribadi yang mulia. Melihat kepada kepentingan kedua-dua  elemen ini maka sebuah perisian kursus penceritaan dibangunkan demi untuk memantapkan lagi proses  pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana perisian kursus penceritaan mampu menarik minat kanak-kanak  untuk belajar. Kajian ini menggunakan konsep edutainment interaktif. Tajuk kajian yang dipilih  ialah “Pembangunan dan Pengujianan Perisian 'Edutainment' Interaktif : Kemahiran Sains Asas Awal  Kanak-kanak.” Unsur sains turut dimasukkan memandangkan ia merupakan salah satu cabang ilmu yang  sangat penting pada masa kini. Pengguna sasaran kajian ini ialah kanak-kanak berusia 4 hingga 6  tahun. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pembangun perisian, guru dan ibubapa. Rekabentuk  kajian yang dilaksanakan ialah rekabentuk kajian tinjauan. Ia menggunakan teori pembelajaran yang  disarankan oleh Jean Piaget iaitu teori konstruktivisme kognitif. Rekabentuk instruksional yang  digunakan pula adalah merujuk kepada model ADDIE. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa  kanak-kanak dapat belajar sambil berhibur melalui modul-modul yang terdapat di dalam perisian  dengan nilai min sebanyak 3.26. Modul-modul tersebut ialah modul mendengar cerita, modul belajar  membaca, modul mengenal objek dan modul menguji minda. Kanak-kanak dapat memahami dan mengingati  setiap topik dengan lebih baik dan berkesan. Perisian ini juga telah dapat memperkenalkan kemahiran  proses sains asas lebih awal kepada kanak-kanak melalui cerita yang dipersembahkan dalam perisian  ini. Nilai min sebanyak 3.81 bagi paparan grafik dan animasi serta kesan bunyi dan narasi juga  menunjukkan bahawa perisian ini turut membantu kanak-kanak untuk belajar dengan cara yang berbeza .  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.