UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan antara penggunaan pusat akses sekolah dengan kekerapan menggunakannya di kalangan murid Sekolah Rendah

AVAILABLE Thesis 820 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan antara penggunaan pusat akses sekolah dengan kekerapan menggunakannya di kalangan murid Sekolah Rendah
Type
Thesis
Main Author
Mahmud Pa\'aid Yusoff
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2012
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji penggunaan pusat akses di sekolah rendah dan hubungan dengan kekerapan menggunakannya untuk tujuan aktiviti pembelajaran. Reka bentuk kajian berbentuk penyelidikan tinjauan, manakala dapatan data di kumpul menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Seramai 248 responden dipilih sebagai sampel kajian daripada 693 populasi murid tahun 5 di empat buah sekolah rendah kebangsaan di daerah Rawang, Selangor. Analisis nilai frekuensi dan peratusan digunakan bagi mendapatkan maklumat demografi responden manakala persoalan kajian dianalisis menggunakan min, sisihan piawai, peratusan, kekerapan dan korelasi Pearson Product Moment. Dapatan kajian menunjukkan, peratusan tertinggi penggunaan untuk pembelajaran akses kendiri hanyalah pada penggunaan “sekali dalam seminggu”, iaitu 31.9% atau 79 responden. Diikuti “tiada penggunaan langsung dalam seminggu” iaitu 31.5% atau 78 responden dan peratusan paling rendah adalah pada penggunaan “5 kali dalam seminggu” iaitu 2.4% atau 6 responden. Hubungan item-item dalam persoalan kajian dengan kekerapan menggunakan Pusat Akses Sekolah menunjukkan tidak terdapat hubungan antara pengetahuan ICT murid (r=-.01,p=.855), kemahiran ICT murid (r=-.02,p=.770), sikap murid terhadap Pusat Akses Sekolah (r=.214,p=.001) pengaruh guru terhadap murid (r=.209,p=.001) dan pengaruh akses bahan pembelajaran secara kendiri terhadap murid untuk tujuan aktiviti pembelajaran (r=.236,p=.000) dengan kekerapan murid menggunakan pusat akses sekolah dalam seminggu.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.