UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Hani Meryleina Ahmad Mustafa
Title :Penggunaan perisian multimedia oleh guru sebagai alat bantu mengajar kemahiran membaca bagi kelas pemulihan Sekolah Rendah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Komputeran dan META-Teknologi
Year of Publication :2004
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuasi eksperimental bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian multimedia sebagai alat bantu mengajar. Penggunaan perisian multimedia dibandingkan dengan pengajaran tradisional yang menggunakan kad gambar, kad perkataan atau sebagainya. Keberkesanan penggunaan perisian multimedia dinilai terhadap 60 orang murid sekolah rendah di Pahang. Penilaian ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan (kawalan dan rawatan). Penilaian dijalankan berdasarkan ujian pos yang telah dilakukan dalam tempoh dua minggu berturut-turut. Perisian multimedia dibangunkan mengikut isi kandungan buku ‘Begini caranya … Sayang, Buku 7’ terbitan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan perubahan min kumpulan rawatan meningkat 2.19 daripada min kumpulan kawalan. Oleh itu penggunaan perisian multimedia ini mampu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid kelas pemulihan.. Melalui kajian ini, pengkaji mencadangkan penggunaan perisian multimedia diperkenalkan sebagai alat bantu mengajar bagi digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.