UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan program latihan litar dalam permainan sofbol untuk kumpulan novis perempuan

AVAILABLE Thesis 631 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan program latihan litar dalam permainan sofbol untuk kumpulan novis perempuan
Type
Thesis
Main Author
Vijayaranni Ragavan
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2012
Notes
With cd
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian yang berbentuk eksperimental ini bertujuan untuk mengukur dan menilai prestasi kecergasan fizikal dan kemahiran sofbol pemain novis perempuan yang berumur 13-14 tahun  melalui program latihan litar dalam permainan sofbol. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang dari  daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Seramai 20 orang sebagai kumpulan rawatan yang menjalankan  program latihan litar sofbol dan 20 orang sebagai kumpulan kawalan  yang menjalankan program  latihan tradisional tiga kali seminggu selama 10 minggu. Pengukuran prestasi kecergasan fizikal  diperolehi berdasarkan lima bateri ujian yang terdiri daripada  Indeks jisim badan, SEMO, PACER,  lari pecut 30 meter dan tekan tubi. Ujian kemahiran sofbol diperolehi berdasarkan lima bateri ujian  yang terdiri daripada membaling bola untuk ketepatan, larian bes, membaling bola jarak jauh,  pukulan ketepatan arah dan memadang bola leret. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan  yang signifikan (t(38) = 0.193, p = 0.848) di antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan  terhadap kecergasan fizikal pada ujian pra, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan (t(38) =  2.22, p = 0.03) pada ujian pasca. Seterusnya, dapatan kajian bagi kemahiran sofbol menunjukkan  terdapat perbezaan yang signifikan (t(38) = 21.88, p = 0.00) di antara kumpulan rawatan dengan kawalan pada ujian pra, serta terdapat juga perbezaan yang signifikan (t(38) = 3.94, p = 0.00 pada ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan program latihan  litar sofbol lebih berkesan untuk meningkatkan kecergasan. Jesteru itu, kecergasan fizikal harus  diberi perhatian oleh jurulatih semasa merancang program kemahiran sukan supaya kecergasan pemain  dapat dikekalkan pada tahap optimum di sepanjang pertandingan sofbol.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.