UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Fatin Syahirah Ahsram Shah
Title :Kesan antara latihan daya tahan berintensiti tinggi berkala dengan beban tambahan dan tanpa beban tambahan terhadap kuasa, daya tahan otot dan kelajuan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2023
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
High Intensity Interval Training (HIIT) merupakan salah satu kaedah latihan yang dilakukan dalam tempoh waktu yang singkat serta waktu latihan berselang dengan waktu rehat. Antara kaedah latihan yang dijalankan dalam kajian ini ialah HIIT tanpa beban tambahan dan HIIT dengan beban tambahan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan antara kumpulan HIIT tanpa beban tambahan dan kumpulan HIIT dengan beban tambahan terhadap kuasa, daya tahan otot dan kelajuan serta mengenalpasti hubungan di antara HIIT tanpa beban tambahan dan HIIT dengan beban tambahan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen secara kaedah pindah silang. Seramai 20 sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A melakukan latihan HIIT tanpa beban tambahan minggu pertama, rehat satu minggu dan latihan HIIT dengan beban tambahan pada minggu ketiga, manakala kumpulan B melakukan latihan HIIT dengan beban tambahan pada minggu pertama, rehat satu minggu dan latihan HIIT tanpa beban tambahan pada minggu ketiga. Kedua-dua kumpulan perlu menjalani ujian pra dan ujian pasca pada minggu pertama dan minggu ketiga. Hasil kajian mendapati tiada kesan signifikan intervensi kedua-dua latihan terhadap kuasa (M 0.025 ± 0.507), daya tahan otot (M 0.100± 0.552) dan kelajuan (M -0.015 ± 0.14) iaitu p < 0.05. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan korelasi negatif yang kecil dalam ujian pra kuasa r = -0.069 manakala hubungan korelasi positif yang kecil dalam ujian pasca kuasa r = 0.068. Manakala dalam ujian pra dan pasca daya tahan otot mempunyai hubungan korelasi negatif yang kecil r = -0.014 dan r = -0.045 dan ujian pra dan ujian pasca kelajuan mempunyai hubungan korelasi positif yang kecil iaitu r = 0.108 dan r = 0.201. Oleh yang demikian dapat dirumuskan, walaupun terdapat perbezaan dalam kaedah latihan HIIT yang diberikan ianya tetap tidak memberi kesan terhadap kuasa, daya tahan otot dan kelajuan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.