Analisis penerimaan dan penggunaan video pengajaran EDUWEBTV dalam kalangan guru sains sekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Zuraimi Md. Rozdi
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2013
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis tahap penerimaan dan penggunaan video pengajaran daripada portal EDUWEBTV dalam kalangan guru sains sekolah menengah, Kinta Utara, Perak. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 227 orang guru di 51 buah sekolah menengah. Kajian ini menggunakan Model Penerimaan Teknologi oleh Davis (1989) dengan penambahan beberapa pemboleh ubah. Instrumen terdiri daripada set soal selidik dan protokol temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif menjelaskan demografi guru-guru sains dan tahap penerimaan EDUWEBTV. Manakala statistik inferensi pula melibatkan analisis korelasi, regresi berganda, dan analisis varian sehala (ANOVA) yang menerangkan perhubungan serta perbezaan antara pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan dan penggunaan video pengajaran daripada portal EDUWEBTV adalah pada tahap sederhana. Pemboleh ubah kebergunaan dan sokongan organisasi merupakan faktor utama yang mempengaruhi dan menyumbang kepada amalan penerimaan serta penggunaan video pengajaran. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek umur dan pengalaman mengajar guru dalam penerimaan dan penggunaan video pengajaran dari EDUWEBTV. Bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kelulusan akademik bagi penerimaan dan penggunaan video pengajaran. Kesimpulannya kajian ini membuka satu kefahaman mengenai perlunya usaha yang berterusan untuk menggalakkan amalan penggunaan video pengajaran dari portal EDUWEBTV dalam kalangan guru untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.