UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian yang dijalankan ini bertujuan meninjau penggunaan media elektronik dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru di daerah Kinta. Kajian ini juga
bertujuan mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan penggunaan media elektronik
dan pandangan guru mengenai keberkesanan penggunaan media elektronik dalam
pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 153 orang guru daripada
sebelas buah sekolah di daerah Kinta yang dipilih secara rawak. Pengumpulan data telah
dibuat dengan menggunakan soal selidik. Data yang dikumpul dianalisis dengan
menggunakan kaedah statistik seperti kekerapan, peratusan ujian t, ANOVA sehala dan
korelasi pcarson . Hasil kajian mendapati bahawa tahap penggunaan media elektronik
dalam pengajaran dan pembelajani masih lagi berada pada tahap yang rendah. Hal ini
dipengaruhi oleh beberapa masalah seperti kekurangan bahan atau perisian yang sesuai,
beban tugas lain di sekolah dan kekangan masa. Sungguhpun begitu hasil analisis
terhadap ciri-ciri demograh seperti jantina, umur, etnik, pendedahan kursus tidak
mempengaruhi kekerapan penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan
pembelajaran. Penemuan juga mendapati bahawa kebanyakan guru di daerah Kinta
berkemahiran dalam menggunakan media elektronik asas yang dibekalkan oleh pihak
sekolah sepeti radio, kaset, OHP dan televisyen. Namun kemahiran ini tidak dapat
dimanipulasikan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kekangan masa,
kekurangan bahan dan perisian yang sesuai dan terkini untuk diintegrasikan ke dalam
pengajaran dan pembelajaran. Justeru, masalah ini perlu mendapat perhatian pihak yang
berkaitan supaya tahap penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajam
dapat dipertingkatkan lagi seiring dengan perkembangan teknologi baru dan zaman
teknologi maklumat ini. Sungguhpun begitu, pada umumnya guru-guru mempunyai
pandangan yang positif terhadap penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan
pembelajaran dan menyatakan tahap penggunaan media elektronik perlu dipertingkatkan
lagi bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan bermakna. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |