UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Johnson Savarimuthu
Title :Tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar di kalangan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran matematik di Sekolah Menengah Daerah Batang Padang, Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2004
Notes :-
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap tahap   penggunaan  Teknologi  Maklumat  dan Komunikasi  (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah  menengah dari aspek minat, penggunaan alatan ICT dan masalah penggunaan ICT. Kajian ini dilakukan  terhadap guru sekolah menengah di sepuluh buah sekolah di Daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik kepada 100 orang guru sekolah menengah  yang  terdiri   daripada  guru  siswazah  dan  guru  bukan  siswazah  yang berpengalaman dan yang kurang  berpengalaman  di Daerah Batang Padang yang dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian dianalisis  melalui (Statistical Package for the Sosial Sciences) dan ditafsir bagi memenuhi soalan tijauan.  Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 80% guru-guru memberi persepsi yang positif terhadap  ICT dan beberapa kelemahan  guru  dalam  menggunakan  ICT  semasa  pengajaran  dan  pembelajaran  Matematik. Halangan utama dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah ramai di  kalangan guru yang masih 'tidak celik ICT'. Ini dapat diatasi jika guru berkenaan didedahkan dengan  kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Ini akan menyelesaikan masalah guru yang  tidak tahu  mengendalikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.