UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Siti Azian Azrol Nasoha Bujang
Title :Pembinaan modul pembelajaran berasaskan masalah (PBMBIO-SCORE) dan kesannya terhadap pencapaian dan pemikiran kritis pelajar
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2013
Notes :-
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan modul PBM BIO-SCORE berdasarkan  pendekatan pengajaran berasaskan masalah (PBM). Pembinaan modul adalah berdasarkan  adaptasi  model Sidek & Jamaludin dan telah melalui proses pengesahan menggunakan pekali  persetujuan Cohen‟s Kappa. Kajian juga menilai kesan modul terhadap pencapaian, pemikiran kritis  dan hubungan pencapaian dengan tahap pemikiran kritis pelajar. Pendekatan kuantitatif dengan reka  bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara  persampelan bertujuan melibatkan 60 orang pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata  pelajaran Biologi di sebuah sekolah di Daerah Kuala Selangor. Subjek kajian terdiri daripada 30  orang pelajar kumpulan rawatan dan 30 orang pelajar kumpulan kawalan. Tiga jenis instrumen kajian  digunakan iaitu modul PBM BIO- SCORE, ujian pencapaian bertajuk „Ekosistem Terancam‟ dan ujian  pemikiran kritis Watson Glaser. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan  inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan  tahap pemikiran kritis pelajar, manakala statistik  inferensi pula melibatkan ujian-t dan ujian korelasi Pearson yang menerangkan perbezaan serta  hubungan antara pemboleh ubah kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan  pencapaian pada kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan, dengan kumpulan rawatan memperoleh  peningkatan pencapaian yang lebih tinggi  secara  signifikan  berbanding  kumpulan  kawalan.   Dapatan  kajian  juga menunjukkan terdapat peningkatan tahap pemikiran kritis pada kedua-dua  kumpulan rawatan dan kawalan dengan kumpulan rawatan memperoleh peningkatan pencapaian yang lebih  tinggi daripada kumpulan kawalan secara signifikan. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan  tiada hubungan yang signifikan antara tahap pemikiran kritis  dengan  pencapaian  pelajar.   Kesimpulan  daripada  kajian  menunjukkan penggunaan modul pembelajaran berasaskan masalah (PBM  BIO-SCORE) telah meningkatkan pencapaian dan pemikiran kritis pelajar. Implikasi kajian menunjukkan  penggunaan modul pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Biologi.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.