UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Victoria Institution Cadet Corps Band (VICCB) telah banyak menempa
kejayaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Deretan kejayaan yang telah dicapai menjadi
bukti bahawa VICCB mempunyai ramuan yang jitu dalam mengekalkan namanya sebagai pasukan pancaragam
yang paling unggul, ternama dan berjaya di Malaysia. Kajian ini berfokus kepada dua aspek; pertama,
program latihan yang dijalankan dalam VICCB yang menyentuh tentang organisasi, program latihan
untuk ahli-ahli baru dan peranan band director dalam mengendalikan pasukan pancaragam,
kedua, menyentuh tentang jenis-jenis perbelanjaan dan langkah-langkah mendapatkan sumber
kewangan bagi menampung aktiviti pasukan pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. Kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah yang digunakan ialah kajian kes. Data-data
dikumpulkan melalui temu bual bersemuka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kejayaan yang
dicapai oleh VICCB terletak pada kemantapan struktur organisasi, program latihan yang
dijalankan dan sumber kewangan yang kukuh.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |