UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap tahap
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
menengah dari aspek minat, penggunaan alatan ICT dan masalah penggunaan ICT. Kajian ini dilakukan
terhadap guru sekolah menengah di sepuluh buah sekolah di Daerah Batang Padang, Perak.
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik kepada 100 orang guru sekolah menengah yang terdiri
daripada guru siswazah dan guru bukan siswazah yang berpengalaman dan yang kurang
berpengalaman di Daerah Batang Padang yang dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian dianalisis
melalui (Statistical Package for the Sosial Sciences) dan ditafsir bagi memenuhi soalan tijauan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 80% guru-guru memberi persepsi yang positif terhadap
ICT dan beberapa kelemahan guru dalam menggunakan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Halangan utama dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah ramai di
kalangan guru yang masih 'tidak celik ICT'. Ini dapat diatasi jika guru berkenaan didedahkan dengan
kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT. Ini akan menyelesaikan masalah guru yang
tidak tahu mengendalikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |