UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
ISSN :2232-0393
Main Author :Adnan Mazlini, Jalil Nurul Sarah,
Title :Keupayaan murid cemerlang akademik tingkatan empat dalam menyelesaikan masalah algebra bukan rutin (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kajian ini bertujuan menentukan keupayaan murid cemerlang akademik tingkatan empat dalam menyelesaikan masalah algebra bukan rutin di Sarawak. Seramai 88 orang murid tingkatan empat dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dengan menggunakan satu instrumen yang terdiri daripada 3 bahagian iniatu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan bahagian mengenai maklumat demografi responden. Bahagian B pula merupakan soal selidik berkaitan dengan sikap terhadap penyelesaian masalah algebra manakala Bahagian C merupakan satu set ujian penyelesaian masalah algebra bukan rutin. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan frekuensi, peratusan, min, korelasi Pearson dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan keupayaan murid dalam menyelesaikan masalah adalah sederhana dengan skor min 14.52. Bagi sikap terhadap penyelesaian masalah pula, didapati min tertinggi adalah dalam dimensi keyakinan iaitu 22.42, diikuti oleh min dalam dimensi ketabahan 19.75 dan min terendah ialah dalam dimensi kesanggupan iaitu 18.94. Secara keseluruhannya didapati ketiga-tiga dimensi sikap menunjukkan nilai min melebihi 70%. Kajian juga mendapati terdapat hubungan signifikan positif yang lemah antara sikap murid cemerlang akademik dengan penyelesaian masalah algebra bukan rutin dimana nilai r = 0.218. Namun, analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan sikap terhadap penyelesaian masalah di antara murid lelaki dan perempuan (t = 0.738, p = 0.463). Secara umumnya keupayaan murid cemerlang ini dalam menyelesaikan masalah bukan rutin adalah sangat baik. Kajian ini memberikan indikasi bahawa murid yang cemerlang akademik dan mempunyai sikap yang positif mampu menyelesaikan masalah matematik bukan rutin dengan baik.

References

1. Aziz Naim. (2002). Pendekatan bahasa murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Berita Matematik, 51, 2–8. 2. Charles, R., Lester, F. & O’Daffer, P. (1997). How to evaluate progress in problem solving. Edisi ke-6. VA: NCTM. 3. Cheah Bee Lean & Ong Saw Lan. (2006). Perbandingan Kebolehan Menyelesaikan Masalah Matematik Antara Murid Yang Belajar Abakusaritmetik Mental Dengan Murid Yang Tidak Belajar Abakus-Aritmetik Mental. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 21, 85–100. 4. Effandi Zakaria. (2003). Kesan Pembelajaran Koperatif Ke Atas Pelajar-Pelajar Dalam Kelas Matematik Matrikulasi. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 5. Mahmud Yahaya. (2001). Keupayaan dan Kemahiran Berfikir Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Tambahan. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 6. Mazlini Adnan & Zainah Yazid. (2007). Metakognisi dan Penyelesaian Malasah dalam Matematik. Dlm. Effandi Zakaria, Norazah Nordin & Sabri Ahmad. 2007. Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. 7. Martinez, J. G. R. (2002). Building conceptual bridges from arithmetic to algebra. Mathematics Teaching in the Middle School, 7(6), 326-332. 8. Nor’ain Mohd. Tajudin, Marzita Puteh, Mazlini Adnan, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Amalina Ibrahim. (2016). Persepsi dan Amalan Pengajaran Guru Matematik dalam Penyelesaian Masalah Algebra. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 5(2), 12-22. 9. Nur’Ashiqin Najmuddin, Yusminah Mohd Yusof, Rusilah Jais, & Faridah Salleh. (2005). Sikap dan keupayaan menyelesaikan masalah matematik bukan rutin di kalangan pelajar matrikulasi Kolej Matrikulasi Melaka. Seminar Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi. Kementerian Pelajaran Malaysia. 19-54. 10. Radford, L. & Puig, L. (2007). Syntax and Meanings as Sensuous, Visual, Historical Forms of Algebraic Thinking. Educational Studies in Mathematics, 66(2), 145- 164. 11. Roselah Osman. (2001). Proses penyelesaian masalah algebra di kalangan pelajar diploma disebuah Institiut Pengajian Tinggi. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. 12. Syed Abdul Hakim Syed Zainuddin & Mohini Mohamed. (2010). Keupayaan dan Sikap Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Bukan Rutin. Jurnal Teknologi, 53(Sains Sosial), 47–62.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)