UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini bertujuan membina instrumen penilaian murid tingkatan 4 bagi pembelajaran algebra dalam Matematik dan Matematik Tambahan. Topik-topik yang dikaji bagi subjek Matematik adalah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dan Garis Lurus. Manakala bagi subjek Matematik Tambahan, topik-topik yang dikaji adalah Fungsi, Persamaan Kuadratik, Fungsi Kuadratik, Persamaan Serentak dan Indeks dan Logaritma. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur telah mengenal pasti lima konstruk, iaitu minat, gaya pembelajaran, pengetahuan asas menengah rendah, penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan isi kandungan algebra. Dapatan daripada kajian rintis pula adalah kesahan kandungan instrumen oleh lima orang pakar iaitu guru yang berpengalaman dalam mengajar Matematik dan Matematik Tambahan serta pensyarah universiti. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan item dalam instrumen ialah 0.881. Kesimpulannya, instrumen yang dibina mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan untuk murid tingkatan 4 menilai pembelajaran algebra. Implikasi kajian ini adalah guru akan mendapat maklumat tentang pembelajaran algebra murid secara langsung daripada instrumen yang dibina. |
References |
1. Abu Bakar Nordin (1995).Penilaian afektif.Selangor: Masa Enterprise. 2. Ahmad Hozi H. A. Rahman (2009). Menguji dan menaksir kefahaman pelajar. Dalam Noraini Idris & Shuki Osman (Ed.) Pengajaran dan pembelajaran: teori dan praktis(m.s. 189-230). Kuala Lumpur: McGraw Hill (Malaysia). 3. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) (1997). Diperoleh daripada http://jpt.mohe.gov.my/ rujukan/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf. 4. Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Azrul Fahmi Ismail & Marlina Ali (2007). Analisis kesilapan dalam tajuk ungkapan algebra di kalangan pelajar Tingkatan Empat. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, 17(1), 1-13. 6. Bhasah Abu Bakar (2003). Asas pengukuran bilik darjah.Tanjong Malim: Quantum Books. 7. Bhahsah Abu Bakar (2006). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. 8. Bruce, J. C., Langley, G. C. & Tjale, A. A. (2008). The use of experts and their judgements in nursing research: an overview. Curationis, 31(4), 57-61. 9. Burns, N. & Grove, S. K. (2005). The practice of nursing research conduct, critique and utilization (5th edition). New York: WB Saunders Co. 10. Che Nidzam Che Ahmad, Asmayati Yahya, Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan & Nurul Jannah Amri (2014). Pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian persekitaran fizikal bilik darjah sains (IPPFBDS). Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 4(2), 14-26. 11. Chua Yan Piaw (2006a). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan (buku 1).Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia). 12. Chua Yan Piaw (2006b). Kaedah dan statistik penyelidikan: asas statistik penyelidikan(buku 2). Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia). 13. Clare, L. (2001, Jun). Using assessment for effective learning.Mathematics Teaching, 175, 40-43. 14. Clausen-May, T. (2000, Jun). Understanding assessment – the assessment of understanding. Mathematics Teaching,171, 32-35. 15. Egodawatte, G. (2011). Secondary school students’ misconceptions in algebra. Diperoleh daripada https://tspace.library.utoronto.ca/bitstream/1807/29712/1/ EgodawatteArachchigeDon_Gunawarena_201106_PhD_thesis.pdf.pdf. 16. Gronlund, N. E. (1998). Assessment of student achievement (6th edition). Boston:Allyn and Bacon. 17. Hayati Ibrahim (2007). Pembinaan instrumen gaya belajar Fizik. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 18. Jeyasingam Govindaraj & Nik Azis Nik Pa (2014). The development of an instrument to assess primary school mathematics teachers’ value in teaching fractions. World Applied Sciences Journal, 30, 81-84. 19. Kamisah Osman, Lilia Halim & T. Subahan Mohd Meerah (2006). Pembinaan instrumen untuk mengenal pasti tanggapan keperluan semasa guru-guru sains di Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 21, 101-113. 20. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001).Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Diperoleh daripada http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/ Preliminary-Blueprint-BM.pdf. 21. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Spesifikasi kurikulum Matematik Tambahan Tingkatan 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. 22. Kong Qi Ping, Wong Ngai Ying & Lam Chi Chung (2003). Student engagement in mathematics: development of instrument and validation of construct. Mathematics Education Research Journal, 15(1), 4-21. 23. Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(1), 607-610. 24. Lee Lay Wah, Manisah Mohd Ali & Noraini Salleh (2008). Pembinaan dan pengesahanujian membaca perkataan dan ujian mengeja untuk tujuan mengenal pasti disleksia:satu kajian rintis. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23, 151-162. 25. Lim Chong Hin (2007).Penyelidikan pendidikan: pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia). 26. Lima, R. N. D. & Tall, D. (2006). The concept of equations: what have students met before? Dalam Proceedings 30th Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education (m.s. 233-240). Prague: PME. 27. Mohd Majid Konting (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan (Edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 28. Mohd Sahandri Gani Hamzah, Noor Shah Saad, Husni Zaim Khairun Nasri & Nur Nazurah Mat Yusof (2013). Transformasi pembinaan instrumen kajian terhadap pengurusan pengajaran guru.Dalam Prosiding MEDC Seminar Kebangsaan kali ke IV Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2013. (m.s 100-113). Kuala Lumpur: Institute of Education, International Islamic University Malaysia. 29. Mohd. Uzi Dollah (2006). Pengajaran dan pembelajaran matematik melalui penyelesaian masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 30. Mok Soon Sang (1992). Psikologi, strategi pengajaran dan penilaian matematik. Selangor: Kumpulan Budiman. 31. Moskal, B. M. (2003). Recommendations for developing classroom performance assessments and scoring rubrics. Practical Assessment, Research & Evaluation,8(14). Diperoleh daripada http://pareonline.net/getvn.asp?V=8&n=14. 32. Noor Azreen Abd Aziz & Sulaiman Yamin (2012). Pentaksiran alternatif: Menuju ke arah transformasi sistem pentaksiran di Malaysia. Diperoleh daripadahttp://www. academia.edu/1515904/Pentaksiran_Alternatif_Menuju_ke_Arah_Transformasi_ Sistem_Pentaksiran_di_Malaysia. 33. Noor Shah Saad (2005). Pengajaran matematik sekolah menengah & sekolah rendah: teori dan perkaedahan. Selangor: Harmoni Publication & Distributors. 34. Noraini Idris (2006). Teaching and learning of mathematics: making sense and developing cognitive abilities.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. 35. Normawati Abdul Rahman (2013). Penilaian penguasaan algebra dalam Matematik Kejuruteraan 1 pelajar semester satu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Azlan Shah. PSAS Digest, 4(1), 34-42. 36. Norsaleha Mohd. Salleh, Ab. Halim Tamuri & Salleh Amat (2013). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penghayatan akidah. International Journal of Islamic Thought, 3, 71-80. 37. Parveen, J. A., Sanwar, A. & Waleed, E. F. (2014). An instrument to measure math attitudes of computer science students. International Journal of Information and Education Technology, 4(5), 459-462. 38. Piaget, J. (1971). The psychology of intelligence(Piercy, M. & Berlyne, D. E., Terjemah). London: Routledge & Kegan Paul Ltd. (Karya asli diterbitkan pada tahun 1947). 39. Ramlah Jantan & Mahani Razali (2004). Psikologi pendidikan- pendekatan kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. 40. Stufflebeam, D. L. (1971). Educational evaluation and decision making. Itasca: Peacock Publishers. 41. Sulaiman Masri (1986). Guru dan masalah pendidikan. Dalam Ibrahim Saad (Ed.) Isu pendidikan di Malaysia (m.s. 384-392). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 42. Valette, R. M. (1977). Modern language testing: a hand book. (2ndedition). New York: Harcourt Brace Jovanovich. 43. Wolf, K. & Stevens, E. (2007).The role of rubrics in advancing and assessing studentlearning. The Journal of Effective Teaching, 7(1), 3-14. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |