UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :N Visual arts (General) For photography, see TR
Main Author :Ridzuan Hussin
Title :Perisian kursus multimedia mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bagi topik logo (APH-Pensil)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2009
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan penyelidikan ini ialah untuk membangunkan dan menguji sebuah Perisian Kursus Multimedia untuk Pendidikan Seni Visual (APH-Pensil), berasaskan teori Asas Seni Reka. Pembangunan perisian kursus tersebut adalah berdasarkan metodologi kitar hayat pembangunan yang bergelar KHAPH-Pensil. Kaedah pembangunan tersebut merangkumi lima fasa seperti: Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Implimentasi dan Penilaian. Fasa-fasa tersebut diintegrasikan dengan pelbagai entiti yang berkaitan khusus dengan teori Asas Seni Reka. Penekanan perisian ini ialah terhadap salah satu topik dalam pendidikan seni visual (PSV), iaitu logo, bagi pelajar Tingkatan empat. Pendekatan Kognitivisme-Konstruktivisrne diaplikasikan berdasarkan pelbagai teknik seperti: teknik Gestalt, pengecaman corak, dan scaffolding. Peri sian ini memuatkan enam modul. Modul Unsur Seni membantu pelajar memperolehi kemahiran membentuk garisan, ruang dan wama; modul Prinsip Rekaan pula, membantu pelajar memperoleh kemahiran mengenalpasti keharmonian, imbangan, penegasan, kontra, irama, kepelbagaian dan kesatuan rekaan yang dihasilkan; modul Proses Reka Bentuk membolehkan pelajar mereka bentuk semula logo sedia ada; modul Teknik pula, membantu pelajar dalam pemilihan wama dan pengecaman; modul Logo HSR membolehkan pelajar mereka bentuk logo 2D dan 3D. Pengujian perisian kursus multimedia APH-Pensil dilaksanakan melalui kaedah eksperimen separa untuk menguji kepenggunaan perisian kursus tersebut berasaskan kepada lima konstruk: keberkesanan, kebolehbelajaran, kemudahgunaan, keanjalan dan sikap pengguna terhadap perisian tersebut. Data dikumpul melalui soal selidik, tugasan khusus, temu bual dan senarai semakan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan hasil tugasan pelajar di antara kumpulan eksperimen berbanding dengan kumpulan kawalan. Hasil kajian juga, menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian pelajar kumpulan eksperimen dalam aspek seperti: kreativiti, estetik, imaginasi dan inovasi berbanding kumpulan kawalan. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan sikap yang positif terhadap penggunaan APH-Pensil. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan perisian kursus multimedia APH-Pensil, adalah lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni visual (PSV) khususnya, topik Logo, berbanding kaedah konvensional. Sumbangan kajian adalah: (i) pembangunan model perisian kursus APH-Pensil yang dinamakan sebagai KHAPH-Pensil; (ii) reka bentuk model ID perisian kursus APHPensil berasaskan teori Asas Seni Reka (iii) prototaip APH-Pensil (iv) model Scaffolding (v) beberapa instrumen kajian (SSK, SSKB, SSKG, SSKA, SSSP, SSSG) untuk menguji kepenggunaan sistem APH-Pensil, dan (vi) penemuan pengujian kepenggunaan bagi perisian multimedia APH-Pensil.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.