UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Kamarul Bahari Yaakub
Title :Hubungan antara amalan pengurusan kualiti menyeluruh dan prestasi staf akademik serta dimoderasikan oleh faktor motivasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian terkini menunjukkan kejayaan penggunaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) secara bersistematik di dalam Institusi Pengajian Tinggi (lPT). Walau bagaimanapun, kajian tersebut tertumpu pada aspek pengurusan dan pentadbiran; pengajaran dan pembelajaran; dan penyelidikan, tidak meliputi fungsi utama IPT yang lain iaitu penerbitan; perundingan; dan khidmat masyarakat. Di mana tiada kajian lepas yang mengkaji hubungan antara amalan prinsip TQM dan prestasi staf akademik secara keseluruhan (fungsi utama IPT). Kajian juga menunjukkan prestasi sesebuah universiti bergantung secara kolektif kepada prestasi staf akademiknya, dan motivasi mereka boleh menggalakkan peningkatan prestasi dan produktiviti sesebuah IPT. Sehubungan dengan itu kajian ini menggunakan faktor motivasi sebagai faktor moderasi. Justeru, tiga fokus utama kajian adalah mengkaji tahap Amalan Prinsip TQM; Prestasi Staf Akademik; dan Faktor Motivasi staf akademik. Unit analisis adalah staf akademik yang dipilih secara pensampelan rawak bersistematik dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Wilayah Utara. Bagi instrumen kajian, borang soal selidik telah digunakan dan telah berjaya mencapai kadar pulangan yang tinggi (72%). Di samping itu bagi meningkatkan tahap kesahan instrumen, penilaian pendapat pakar, ujian rintis dan analisis faktor dilakukan. Ujian kebolehpercayaan menunjukkan instrumen kajian mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi (nilai alpha konstruk TQM = 0.978; Prestasi Staf Akademik = 0.958; dan Faktor Motivasi = 0.885). Dapatan kajian menunjukkan amalan prinsip TQM berada pada tahap yang tinggi (Min = 4.65). Hubungan antara amalan prinsip TQM dan prestasi staf akademik adalah positif dan signifikan (r = 0.699**). Amalan prinsip TQM juga mempunyai kesan ke atas prestasi staf akademik (B = 0.699, p = 0.000*). Faktor motivasi juga boleh bertindak sebagai moderasi penuh (B = 0.114**; Signifikan F = 0.109) dalam hubungan di antara amalan prinsip TQM dan prestasi staf akademik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.