Penglibatan murid bermasalah pendengaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
Type
Thesis
Main Author
Syamsinar Abdul Jabar
Subject
HV Social pathology. Social and public welfare
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian kes ini dijalankan untuk meninjau pandangan guru terhadap penglibatan murid bermasalah
pendengaran di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Matematik serta mengenal pasti faktor penggalak dan penghalang penglibatan murid
di dalam aktiviti berkenaan. Kajian ini melibatkan empat orang murid bermasalah pendengaran,
seorang guru Matematik dan seorang guru Bahasa Melayu. Instrumen kajian merupakan satu set borang
senarai semak pemerhatian digunakan untuk mengumpul data berkenaan tahap penglibatan murid di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
Protokol temu bual digunakan untuk menemu bual guru dan murid bagi mengetahui faktor-faktor
penggalak dan penghalang penglibatan murid di dalam bilik darjah. Data temu bual pula dianalisis
dengan mentranskripsikan ke dalam bentuk verbatim dan diberikan tema-tema berdasarkan persoalan
kajian. Hasil kajian mendapati murid menunjukkan tahap penglibatan tinggi dari aspek persediaan
peralatan pembelajaran di dalam kedua-dua mata pelajaran. Tahap penglibatan yang tinggi juga
ditunjukkan dalam aspek latihan di papan putih bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Faktor penggalak
kepada penglibatan murid adalah pendekatan pengajaran guru, minat terhadap mata pelajaran,
perhatian dan galakan daripada guru, alat bantu mengajar yang menarik dan bantuan daripada rakan
sekelas. Faktor penghalang pula adalah sikap murid, masalah komunikasi, masalah alat bantu
pendengaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang kurang menarik. Kajian ini memberi implikasi
bahawa murid bermasalah pendengaran boleh menunjukkan penglibatan tinggi di dalam aktiviti
bilik darjah sekiranya mendapat galakan dan bimbingan daripada guru.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.