UPSI Digital Repository (UDRep)

Penglibatan murid bermasalah pendengaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

AVAILABLE Thesis 707 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penglibatan murid bermasalah pendengaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
Type
Thesis
Main Author
Syamsinar Abdul Jabar
Subject
HV Social pathology. Social and public welfare
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian kes ini dijalankan untuk meninjau pandangan guru terhadap penglibatan murid bermasalah  pendengaran di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi mata pelajaran  Bahasa Melayu dan Matematik serta mengenal pasti faktor penggalak dan penghalang penglibatan murid  di dalam aktiviti berkenaan. Kajian ini melibatkan empat orang murid bermasalah pendengaran,  seorang guru Matematik dan seorang guru Bahasa Melayu. Instrumen kajian merupakan satu set borang  senarai semak pemerhatian digunakan untuk mengumpul data berkenaan tahap penglibatan murid di dalam  aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.  Protokol temu bual digunakan untuk menemu bual guru dan murid bagi mengetahui faktor-faktor  penggalak dan penghalang penglibatan murid di dalam bilik darjah. Data temu bual pula dianalisis  dengan mentranskripsikan ke dalam bentuk verbatim dan diberikan tema-tema berdasarkan persoalan  kajian. Hasil kajian mendapati murid menunjukkan tahap penglibatan tinggi dari aspek persediaan  peralatan pembelajaran di dalam kedua-dua mata pelajaran. Tahap penglibatan yang tinggi juga  ditunjukkan dalam aspek latihan di papan putih bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Faktor penggalak  kepada penglibatan murid adalah pendekatan pengajaran guru, minat terhadap mata pelajaran,  perhatian dan galakan daripada guru, alat bantu mengajar yang menarik dan bantuan daripada rakan  sekelas. Faktor penghalang pula adalah sikap murid, masalah komunikasi, masalah alat bantu  pendengaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang kurang menarik. Kajian ini memberi implikasi  bahawa murid bermasalah pendengaran boleh menunjukkan penglibatan tinggi di dalam aktiviti bilik darjah sekiranya mendapat galakan dan bimbingan daripada guru.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.