UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui elemen-elemen penting yang diperlukan
pelajar bagi membantu proses pembelajaran. Data dikumpul melalui soal selidik dan
dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS).
Nilai min digunakan untuk menentukan aras kepentingan setiap elemen yang dikaji.
Kajian ini dijalankan ke atas 380 orang pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebanyak 47 elemen yang meliputi
elemen-elemen keperluan kursus, komunikasi, penilaian dan capaian maklumat telah
dikaj i untuk menentukan sejauh mana kepentingan elemen-elemen tersebut dalam
portal pendidikan. Hasil kajian ini mendapati elemen-elemen yang dikatakan "sangat
penting" adalah Jadual Peperiksaan, Nata Kuliah, Jadual Ujian, Keputusan
Peperiksaan, Contoh Skima Pemarkahan, Direktori Utama Internet, Bank Soalan,
Berita Pendidikan Semasa, Madu! Pembelajaran, Rekod Pencapaian Prestasi,
Pendaftaran Kursus Secara Atas Talian, Kuiz Atas Talian, Pengguguran Kursus
Secara Atas Talian, Penambahan Kursus Secara Atas Talian, Slip Markah Untuk
Dicetak, Markah Ujian dan Makluman Dari Universiti. Manakala elemen-elemen
yang dikatakan "penting" pula adalah Sukatan Kandungan Kursus, Jadual
Perlaksanaan Kursus, Sinopsis Kandungan Kursus, Perkhidmatan Mencetak Terus
Dari Portal, Senarai Buku-Buku Rujukan, Muat Naik Dan Muat Turun Fail (FTP),
Senarai Buku Teks, Bahan Pembelajaran Berbentuk Grafik, Bahan Pembelajaran
Berbentuk Video, Bahan Pembelajaran Berbentuk Audio, Mel Elektronik (e-mail),
Senarai E-mail Pensyarah, Senarai Talian Telefon Pensyarah, Laman Sembang (chat),
Papan Buletin (bulletin board), Kumpulan Senarai Mel (Mailing list), Soalan Tugasan
Kursus, Markah Serta Merta Bagi Kuiz Objektif, Pautan Ke Perpustakaan Universiti-
Universiti Tempatan, Pautan Ke Alamat Web-Web Rujukan, Pautan Ke Bahagian
Biasiswa & Pinjaman, Enjin Gelintaran Dalaman Portal, Pautan Ke Kementerian
Pendidikan Malaysia, Pautan Ke Laman Web Fakulti-Fakulti, Enjin Gelintaran Utama
dan Pautan Ke Perpustakaan Universiti. Seterusnya kajian mendapati terdapat
perbezaan elemen-elemen yang dikatakan "sangat penting", "penting" dan 'kurang
penting" antara responden tahap pengetahuan internet tinggi dengan responden tahap
pengetahuan internet rendah. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada
pembangun portal untuk membangunkan portal pendidikan yang dapat memenuhi
keperluan kumpulan sasaran terutamanya pelajar-pelajar universiti. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |