UPSI Digital Repository (UDRep)

Elemen-elemen penting dalam portal pendidikan

AVAILABLE Thesis 697 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Elemen-elemen penting dalam portal pendidikan
Type
Thesis
Main Author
Noraini Mohamed Noh
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui elemen-elemen penting yang diperlukan pelajar bagi membantu proses pembelajaran. Data dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS). Nilai min digunakan untuk menentukan aras kepentingan setiap elemen yang dikaji. Kajian ini dijalankan ke atas 380 orang pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebanyak 47 elemen yang meliputi elemen-elemen keperluan kursus, komunikasi, penilaian dan capaian maklumat telah dikaj i untuk menentukan sejauh mana kepentingan elemen-elemen tersebut dalam portal pendidikan. Hasil kajian ini mendapati elemen-elemen yang dikatakan "sangat penting" adalah Jadual Peperiksaan, Nata Kuliah, Jadual Ujian, Keputusan Peperiksaan, Contoh Skima Pemarkahan, Direktori Utama Internet, Bank Soalan, Berita Pendidikan Semasa, Madu! Pembelajaran, Rekod Pencapaian Prestasi, Pendaftaran Kursus Secara Atas Talian, Kuiz Atas Talian, Pengguguran Kursus Secara Atas Talian, Penambahan Kursus Secara Atas Talian, Slip Markah Untuk Dicetak, Markah Ujian dan Makluman Dari Universiti. Manakala elemen-elemen yang dikatakan "penting" pula adalah Sukatan Kandungan Kursus, Jadual Perlaksanaan Kursus, Sinopsis Kandungan Kursus, Perkhidmatan Mencetak Terus Dari Portal, Senarai Buku-Buku Rujukan, Muat Naik Dan Muat Turun Fail (FTP), Senarai Buku Teks, Bahan Pembelajaran Berbentuk Grafik, Bahan Pembelajaran Berbentuk Video, Bahan Pembelajaran Berbentuk Audio, Mel Elektronik (e-mail), Senarai E-mail Pensyarah, Senarai Talian Telefon Pensyarah, Laman Sembang (chat), Papan Buletin (bulletin board), Kumpulan Senarai Mel (Mailing list), Soalan Tugasan Kursus, Markah Serta Merta Bagi Kuiz Objektif, Pautan Ke Perpustakaan Universiti- Universiti Tempatan, Pautan Ke Alamat Web-Web Rujukan, Pautan Ke Bahagian Biasiswa & Pinjaman, Enjin Gelintaran Dalaman Portal, Pautan Ke Kementerian Pendidikan Malaysia, Pautan Ke Laman Web Fakulti-Fakulti, Enjin Gelintaran Utama dan Pautan Ke Perpustakaan Universiti. Seterusnya kajian mendapati terdapat perbezaan elemen-elemen yang dikatakan "sangat penting", "penting" dan 'kurang penting" antara responden tahap pengetahuan internet tinggi dengan responden tahap pengetahuan internet rendah. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pembangun portal untuk membangunkan portal pendidikan yang dapat memenuhi keperluan kumpulan sasaran terutamanya pelajar-pelajar universiti.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.