UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian yang dijalankan ini adalah bagi melihat sejauh mana kesan yang digunakan kepada elemen web
seperti teks, grafik, audio, video dan animasi digunakan bersama teknik elemen web yang
berbagai-bagai dalam menyampaikan pengajaran berasaskan web sebagai kesan kepada peningkatan dan
motivasi pelajar dalam menyertakan diri di dalam proses pembelajaran secara atas talian secara
aktif. Kajian berfokuskan kepada empat buah laman web e-pembelajaran muzik yang terpilih
berdasarkan penggunaannya yang optimum dalam elemen dan teknik elemen web. Dapatan dari kajian
seterusnya dikupas satu persatu berfokuskan kepada elemen dan teknik yang digunakan terhadap elemen
tersebut. Mak.lum balas daripada Webmaster yang dipilih berdasarkan kepada pengalaman dan memiliki
pengunjung web yang berada pada paras tinggi digunakan sebagai pengesahan daripada dapatan kajian
yang dijalankan. Kajian ini bertujuan supaya hasilan dan dapatan boleh dijadikan rujukan kepada
pembina laman web e-pembelajaran yang berbentuk pendidikan muzik khasnya agar dapat
menggunakan atau mengoptimumkan penggunaan elemen dan teknik elemen sepenuhnya bagi meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran atas talian kepada para pelajar. Ia juga boleh dijadikan panduan
kepada kemahiran asas pembinaan sesebuah web yang berbentuk e pembelajaran yang berkualiti.
Beberapa cadangan juga turut dikemukakan oleh pengkaji agar corak penyampaian bercorak atas talian dapat dibina secara lebih berkesan.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |