UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap tekanan kerja dalam kalangan kakitangan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan. Selain itu, kajian ini dijalankan bertujuan
mengenalpasti sumber-sumber tekanan terhadap faktor demografi kajian seperti faktor jantina,
gred jawatan, tempoh berkhidmat dan tahap pendidikan berhubung tekanan kerja. Alat kajian yang
digunakan dalam kajian ini ialah satu set soaJ selidik iaitu OccupationaJ Stress Indicator (OSI)
oleh Cooper, Sloan dan Williams (1988) yang telah diterjemahkan di dalam versi Bahasa Melayu oleh
Mohammad Haji Yesof, Abdul HaJim Othman, Chua Bee Seok dan Sapora Sipon (2000) yang menggunakan
back translation. Soal selidik ini yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A, dan B. Sahagian
A terdiri daripada maklumat demografi, bahagian B pula mengandungi sebanyak 61 item berbentuk
pernyataan berhubung sumber-sumber tekanan dalam diri bagi menilai tahap persetujuan
responden. Soal selidik ini menggunakan Format Skala Likert. Data dianalisis berasaskan tujuan
kajian dengan menggunakan The statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) 17.0 dan
menggunakan kaedah Deskriptif, Ujian t dan ujian ANOVA sehala. Hasil kajian menunjukkan terdapat
tiga hubungan yang signifikan antara faktor jantina, tempoh berkhidmat dan tahap pendidikan. Kajian
ini juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan sumber-sember tekanan terhadap faktor gred
jawatan. Beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |