| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
                        
  | 
                    
                        
  | 
                    ||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris | 
| Kajian ini telah membangunkan dan menguji jujukan tumpuan serta kesannya terhadap pembelajaran di 
antara dua antaramuka koswer yang menggunakan strategi paparan berbeza. Topik yang dipilih bagi 
tujuan ini ialah Mod Penghantaran dalam matapelajaran Rangkaian Komputer. Sampel kajian melibatkan 
44 orang pelajar ljazah Sarjana Muda Pendidikan,  Universiti  Pendidikan  Sultan  Idris.  Pelajar  
dibahagikan  kepada  dua kumpulan sampel iaitu Kumpulan I melibatkan 22 orang pelajar menggunakan 
koswer Antaramuka Strategi Paparan Animasi Dikawal (AK) dan kumpulan 2 juga melibatkan 22 orang 
pelajar yang menggunakan koswer Antaramuka Strategi Paparan Animasi Tidak Dikawal (ATK). Kedua-dua 
kumpulan sampel ini diuji bagi mengesan jujukan tumpuan pelajar terhadap antaramuka  berbeza 
strategi paparan animasi dengan mengedarkan borang soal selidik. Bagi menguji  kesan strategi  
paparan animasi berbeza di atas antaramuka koswer terhadap pencapaian pelajar pula, pelajar 
diberikan dua set soalan ujian iaitu soalan ujian pra dan soalan ujian pos. Hasil daripada analisa 
graf bar yang mengesan jujukan tumpuan pelajar terhadap antaramuka koswer dengan strategi paparan 
animasi berbeza mendapati responden dari kumpulan AK dan kumpulan ATK lebih cenderung untuk melihat 
blok animasi berbanding blok teks. Manakala daripada segi pencapaian pula, kesemua pelajar dari 
kumpulan AK dan ATK mendapat 0% untuk markah ujian pra. Pencapaian pelajar ke atas ujian pos pula 
menunjukkan peningkatan markah bagi kedua kumpulan tersebut. Hasil analisa ujian ANOVA Sehala 
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam prestasi ujian pos bagi kumpulan AK dan ATK. 
Min skor bagi kumpulan AK (M=S0.95) adalah lebih baik berbanding kumpulan ATK (M=74.45). 
Kesimpulannya penggunaan reka bentuk antaramuka AK adalah lebih sesuai digunakan untuk membantu 
meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar.
  | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.  |