UPSI Digital Repository (UDRep)

Penglibatan ibu bapa dan pengaruhnya ke atas kesediaan membaca kanak kanak pra sekolah

AVAILABLE Thesis 601 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Penglibatan ibu bapa dan pengaruhnya ke atas kesediaan membaca kanak kanak pra sekolah
Type
Thesis
Main Author
Marziaton Daud
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2012
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian mengenai penglibatan ibu bapa telah banyak dijalankan, terutamanya di luar negara. Walau  bagaimanapun, kajian mengenai penglibatan ibu bapa dari aspek psikologi jarang didapati di  Malaysia.  Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka merupakan aspek penting yang  sering diabaikan. lbu bapa memainkan peranan signifikan dalam proses perkembangan anak-anak mereka.   Kajian ini mengupas penglibatan ibu bapa dari tiga aspek  psikologi  iaitu sokongan emosi,   perapatan dan  jangkaan dan hubungannya dengan kesediaan membaca kanak-kanak pra sekolah.  Kajian  ini adalah satu kajian kes berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian  dan  temubual. Seramai 20 orang pelajar pra sekolah yang berusia lima tahun diberi ujian Konsep Cetakan  untuk menguji kesediaan membaca mereka. Selepas markah diperolehi, 5 pelajar yang mendapat markah tertinggi, sederhana dan terendah dipilih untuk sesi pemerhatian  dan  seterusnya  ibu  dan  bapa  mereka  ditemubual  untuk  mendapatkan maklumat  mengenai penglibatan mereka  Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa memang  mempunyai  pengaruh   signifikan  ke atas kesediaan  membaca  kanak-kanak tersebut.  Pelajar yang mendapat markah  tertinggi dan sederhana mempunyai ibu bapa yang melibatkan diri dalam pendidikan anak mereka dengan  memberikan sokongan emosi kepada anak mereka, mempunyai hubungan yang erat dengan anak serta  mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap anak mereka.  Sebaliknya, pelajar yang mendapat   markah  terendah  didapati  ibu  bapa  mereka  tidak  melibatkan  diri  dalam perkembangan dan  pendidikan anak mereka dengan kurang memberikan sokongan emosi, tidak mempunyai hubungan yang erat  dengan anak dan tidak yakin dengan potensi anak mereka.  Dapatan kajian ini membawa implikasi yang  besar kepada semua pihak agar tidak memandang rendah akan faktor penglibatan ibu bapa. Semua pihak,  iaitu, ibu bapa, sekolah dan kerajaan perlu mengambil langkah proaktif supaya proses pendidikan  kanak­ kanak  dapat  berjalan  dengan  lancar.   lbu  bapa  perlu  diberi  pendedahan  tentang  kepentingan penglibatan mereka dan pada masa yang sama pihak sekolah perlu lebih melibatkan ibu  bapa dalam program-program yang dijalankan di sekolah.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.