UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap kebolehgunaan kit Genetik: pembahagian sel

AVAILABLE Final Year Project 909 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information
Title
Pembangunan dan persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap kebolehgunaan kit Genetik: pembahagian sel
Type
Final Year Project
Main Author
Wan Siti Hajar Nadzirah Wan Mohd Zaid
Subject
Q Science (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2024
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit Genetik topik pembahagian sel Tingkatan 4 serta mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kit yang dibangunkan daripada aspek reka bentuk, kandungan, kebergunaan dan kepuasan. Kit Genetik ini dibangunkan dengan menggunakan reka bentuk pembangunan berpandukan lima fasa dalam Model ADDIE. Instrumen kajian terdiri daripada borang kesahan muka, kandungan, konstruk soal selidik dan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 yang ditentukan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data bagi borang penilaian kesahan pakar dianalisis menggunakan nilai peratus persetujuan pakar manakala borang soal selidik kebolehgunaan dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan purata persetujuan pakar bagi kesahan muka dan kandungan daripada dua orang pakar adalah tinggi iaitu 100% dan 91.5%. Ini menunjukkan bahawa kajian dapat diteruskan dengan kajian rintis bagi mendapatkan kebolehpercayaan. Nilai Alfa Cronbach adalah 0.823 menunjukkan instrumen mempunyai kebolehpercayaan yang sangat baik, efektif dan konsisten dan boleh digunakan dalam kajian sebenar. Soal selidik kebolehgunaan kit Genetik memperoleh purata skor min 3.47 (SP 0.553). Kesimpulannya, kit Genetik mempunyai kesahan pakar yang tinggi, kebolehpercayaan yang sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang sederhana serta kebolehgunaannya yang sangat tinggi. Implikasi kajian adalah kit Genetik berpotensi digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi standard kandungan Pembahagian Sel sesuai dengan proses pembelajaran dan pengajaran ketika ini yang mementingkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan bersifat kendiri.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.