UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana guru Sains di empat daerah di Perak
bersedia dalam aspek pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK-21). Tujuan kajian juga termasuk mengenal pasti hubungan antara
pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam melaksanakan PAK-21. Data dikumpul
melalui tinjauan yang melibatkan 102 orang guru Sains, dan sampel dipilih
menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Soal selidik dengan skala Likert
empat mata melalui Googleform digunakan sebagai instrumen kajian. Kesahan
kandungan instrumen dinilai oleh lima pakar, termasuk tiga orang pensyarah Universiti
Pendidikan Sultan Idris dan dua orang guru Sains yang telah berkhidmat selama lebih
10 tahun. Indeks Kesahan Kandungan atau (CVI) telah digunakan bagi menentukan
kesahan instrumen kajian. Hasil analisis menunjukkan nilai CVI = 1.00, menandakan
instrumen kajian mempunyai kesahan yang baik. Kajian rintis dijalankan melibatkan
20 orang guru Sains yang merupakan populasi kajian namun bukan sampel sebenar
kajian, dan hasilnya dianalisis untuk mendapatkan nilai pekali Cronbach Alpha. Hasil
kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach Alpha adalah 0.85, menandakan instrumen
kajian mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Dapatan kajian dianalisis secara
deskriptif menggunakan perisian Pakej Statistik bagi Sosial Sains (SPSS) versi 27.0
untuk mengukur tahap kesediaan guru Sains dari aspek pengetahuan dan kemahiran.
Analisis inferensi melalui ujian korelasi Spearman rho dijalankan untuk menentukan
hubungan antara kedua-dua pembolehubah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
tahap kesediaan guru Sains dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan
PAK-21 berada pada tahap sederhana, dengan nilai min = 3.30, sisihan piawai = 0.375
dan min = 3.23, sisihan piawai = 0.417. Walau bagaimanapun, keputusan ujian Korelasi
Spearman rho memberikan nilai r = 0.747, p = 0.001 menunjukkan terdapat hubungan
yang kuat antara pengetahuan dan kemahiran guru Sains dalam melaksanakan PAK-21.
Kesimpulannya, tahap kesediaan guru Sains di empat buah daerah di Perak dari aspek
pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan PAK-21 berada pada tahap kurang
memuaskan. Kajian ini mencadangkan agar para guru memperkukuhkan pengetahuan
dan kemahiran mereka dalam PAK-21 selaras dengan keperluan abad ke-21. |
References |
Ahmad Al Hilmi Mohammad Salleh & Lilia Halim. (2023). Pelaksanaan pendidikan STEM: pengetahuan pedagogi isi kandungan, sikap, kemahiran pedagogi dan penilaian guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(2), e002146. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.2146 Ameliana Geruka, Anuar Ahmad, & M. Khalid M. Nasir. (2021). Kesediaan guru terhadap pengajaran berpusatkan murid: Satu kajian kepustakaan. SKEPEN 2021, 151. Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah. (2018). Kesediaan guru sains sekolah rendah terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21: Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(1), 82-97. Borg, W. R., Gall, M. D., & Gall, J. P. (1993). Educational research. New Jersey: Prentice Hall. Bryant, E. C. (1974). Associations Between Educational Outcomes and Background Variables: A Review of Selected Literature. Buletin Anjakan. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Bil. 4). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Chua, Y. P. (2016). Mastering research methods (2nd ed., Issue May). McGraw-Hill. Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang. (2016). Isu kesediaan guru dalam amalan melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah, Educ. Soc. Sci., vol. 2, pp. 1–7, 2016 Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Bangi: Sasbadi Sdn. Bhd Fariz Pari. (2018). Epistemologi dan pengembangan ilmu pengetahuan. Jurnal Ilmu Ushuluddin, 5(2). Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali, & Salmiza Salleh. (2014). Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis. Sains Humanika, 2(4). Fullan, M. G. (1993). The professional teacher: why teachers must become change agents. Educational Leadership, 50(6), 1–13. Hamidah Yusof, Jamal Yunus, & Khalip Musa. (2014). Kaedah penyelidikan pengurusan pendidikan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Institut Aminuddin Baki. (2017). Panduan pelaksanaan pendidikan abad ke-21. Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21, 190. Jamilah Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid, & Juliana Abdul Wahab. (2011). Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu alam sekitar. Akademika, 81(3), 103-115. Kamisah Osman, Zanaton Iksan, & Lilia Halim. (2007). Sikap terhadap sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar sains. Jurnal Pendidikan, 32(3), 39-60. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007) (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Buletin ANJAKAN Bil. 4/2015. Dimuat turun pada 7 Oktober 2017 dari http://www.padu.edu.my/ Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. KPM. Retrieved from http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0742051X10001435 Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Lee, Y. M. (2019). Pengetahuan dan kesediaan guru terhadap kemahiran berfikir aras tinggi bagi mata pelajaran sains di daerah Bentong. Lim, C. H. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan kualitatif. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia). Lin Asit & Zamri Mahamod. (2021). Memperkasa guru: Pentaksiran bilik darjah Bahasa Melayu semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah, Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara SKEPEN 2021, 2021, pp. 75–142. Maizura Yasin & Nur Surayyah Madhubala Abdullah. (2018). Sudut pandangan guru pelatih Pendidikan Moral terhadap cabaran pelaksanaan PDPC Abad Ke-21 di sekolah: ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 2(2), 36-45. Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman, Khairul Anuar Bahrin. (2019). Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) guru-guru sekolah rendah. Jurnal IPDA 21: 13–24. Mistirine Radin & M. Al-Muz-zammil Yasin. (2018). Perlaksanaan pendidikan abad ke-21 di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika, 10(3–2), 1–6. https://doi.org/10.11113/sh.v10n3-2.1481 Mohd Hanafi Mohd Yasin & Suzie Atin. (2021). Tahap pelaksanaan pendidikan abad ke-21 dalam kalangan guru pemulihan khas negeri Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 655–665. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Ayisy Baharudin, & Mohd Ashraf Ibrahim. (2020). Kesediaan Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke 21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Sejarah IPG Zon Selatan. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 2(5), 42. Muhammad Sabri Sahrir, Nurulhuda Osman, & Ilyani Syiham Muhammad. (2020). Aplikasi “Konsep 4C” Pembelajaran Abad ke-21 dalam Kalangan Guru Pelajar Sarjana Mod Pengajian Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah UIAM. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik, 2(1), 12–22. http://ejbl.kuis.edu.my Muhammad Safuan Sahak. (2022). Demographic Influences and 21st Century Skills by Trainee Teachers for Mathematics subject during COVID-19 Pandemic.Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia,12(1), 65-81. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol12.1.6.2022 Ng, L. C., Hazura Abdul Rahim, & Zubaidah Salamat. (2020). Tahap Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21): Satu Kajian Kes. Jurnal Pengurusan dan kepimpinan pendidikan, 33(1). Noor Lela Ahmad, Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid, & Rohaila Yusof. (2019). Kepentingan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 Terhadap Pembangunan Pelajar. Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(: 28 [March, 2019]), 28–51. http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:LLv7Kn7NmPIJ:www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2019-28-03-06.pdf+&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my Noornabilah Isah & Tan, T. H. (2020). Penggunaan peta pemikiran I-THINK dalam amalan pedagogi Matematik dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, (JILID XXI). Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi guru bahasa Melayu sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (The perception of Malay language teachers at secondary school towards higher order thinking skills). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 78-90. Nor Shela Saleh & Mohd Shafie Rosli. (2019). Kepentingan pembelajaran abad ke 21 terhadap potensi kebolehpasaran modal insan. Innovative Teaching and Learning Journal, 2(2), 71–81. Norain Asnida & Wan Azlinda Wan Mohamed. (2017). Kemahiran Abad Ke-21 Wanita Dalam Mengharungi Cabaran Globalisasi. Online Journal for TVET …. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/ojtp/article/view/4762%0Ahttps://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/download/4762/2847. Noraini Aziz. (2002). Konstruktivis dalam membina semula konsepsi pelajar terhadap konsep-. November. Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2018). Implementation of 21 st century learning and the challenges. 3rd UUM International Qualitative Research Conference (QRC) 2018 10-12 July 2018, Melaka, Malaysia Implementation, July, 65–73. http://qualitative-research-conference.com/download/proceedings-2018/116.pdf Norazlin Mohd Rusdin. (2018). Teachers’ Readiness in Implementing 21st Century Learning. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(4), 1293-1306 Nordalila Mohd Fadzil, Saemah Rahman, & Shahlan Surat. (2022). Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru-guru Sains Sekolah Menengah terhadap Strategi Pembelajaran Berasaskan Otak dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001456-e001456. Norfaizah Md Kamary & Mahizer Hamzah, (2019). Kesediaan guru matematik Daerah Kuala Langat dalam melaksanakan pembelajaran abad ke 21. In Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2019) (pp. 110-130). Norman, D., & Rumelhart, D. E. (1978). Accretion, tuning and restructuring: Three modes of learning. Semantic Factors in Cognition, 37–53. Normiati Batjo & Abdul Said Ambotang. (2019). Pengaruh pengajaran guru terhadap kualiti pengajaran guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(2), 30-42. Norul Haida Reduzan, Zulkifli Osman & Abdullah Yusof. (2018). Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. 9th International Conference on Language, Education, Humanities and Innovation, 1976, 10–19. Nur Fatahiyah Mohamed Hata & Nur Siti Diyana Mahmud. (2020). Kesediaan Guru sains dan matematik dalam melaksanakan pendidikan Stem dari aspek pengetahuan, sikap dan pengalaman mengajar. Akademika, 90(3), 85–101. https://doi.org/10.17576/akad-2020-90IK3-07 Nur Syafiqah Rosli, Norshidah Mohd Salleh, & Khalid Nasir(2020). Hubungan tahap kesediaan guru Pendidikan Khas dalam mengaplikasikan pengajaran yang kolaboratif, inovatif dan kreatif. ReCoLS 2020, 47. Nurhibbah Majid & Rosadah Abdul Majid. (2022). Kesediaan guru Pendidikan Khas pembelajaran dalam pelaksanaan pengajaran abad Ke-21 (PAK-21). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 240-250. Nurulhuda Mohd Sukri. (2013). Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan kompetensi di kolej vokasional. Universiti Teknologi Malaysia. Pendidikan, 3(4), 163–173. Pallant, J., (2010). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using the SPSS program. 4th Edition, McGraw Hill, New York. Piaget, J. (1973). To understand is to invent: The future of education. Polit, D. F., dan Beck, C. T. (2006). The content validity index: are you sure you know what's being reported? Critique and recommendations. Research in nursing & health, 29(5), 489-497 Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru pelatih pengajian agama Institut Pendidikan guru kampus Dato’Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45-65. Riduwan (2012) Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Alfabeta, Bandung. Rowen Tingang Musa, Nor Suriya Abd Karim, Nur Hamiza Adenan, Rawdah Adawiyah Tarmizi, Noor Wahida Md Junus, & Vicky Ezekiel Anak Kelong. (2021). Tahap kesediaan guru Pelatih Matematik UPSI dalam melaksanakan PAK-21. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14, 82–91. https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.sp.9.2021 Schober, P. & Schwarte, L. A. (2018). Correlation coefficients: Appropriate use and interpretation. Anesthesia and Analgesia, 126(5), 1763–1768. https://doi.org/10.1213/ANE.0000000000002864 Siti Khadijah Mohd Kamal & Mohd Isa Hamzah (2021). Penerapan elemen nilai murni dan etika dalam pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 1(4), 16-31. Siti Nur Diyana Mahmud, Nurfaradilla Mohamad Nasri, Mohd Ali Samsudin, & Lilia Halim. (2018). Science teacher education in Malaysia: challenges and way forward. Asia-pacific science education, 4(1), 1-12. Sofiana Hassan. (2020). Tahap pengetahun dan sikap Guru Bahasa Melayu Daerah Sibu dalam mengaplikasikan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2), 74-81. Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, 20(1987), 21–41. Suhaili Hanafi. (2015). Kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan di Kolej Vokasional Wilayah Selatan (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Suresh Kumar Kuppusamy. (2016). Hubungan antara disposisi pemikiran kritis dengan sikap, persepsi dan efikasi secara pengajaran koperatif dalam kalangan guru Pendidikan Khas integrasi. Warnoh Katiman & Norasmah Hj Othman. (2003). Program pendidikan guru teknik dan vokasional yang cemerlang. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada Februari, 7, 2009. Zamri Mahamod. 2012. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idri Zanariah Wahab & Zamri Mahamod. (2017). Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Seminar Serantau Ke-8, 19–26. Ziyad Majani & Mokhtar Tahar. (2021). Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke 21. Jurnal Dunia Pendidikan 3(4): 163–73.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |