UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nur Ilyana Ahmad Razali
Title :Tinjauan hubungan tahap pengetahuan teknologi Pedagogi kandungan guru dengan gred purata mata pelajaran STEM SPM di Sekolah Menengah Daerah Kuala Selangor
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap Pengetahuan Teknologi, Pedagogi, Kandungan (PTPK) guru yang melibatkan empat konstruk iaitu: Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Pedagogi (PP), Pengetahuan Kandungan (PK) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) serta hubungannya terhadap Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) STEM SPM di sekolah menengah daerah Kuala Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Set instrumen soal selidik yang mengandungi empat konstruk berskala Likert empat mata iaitu konstruk teknologi, pedagogi, kandungan dan PTPK digunakan untuk pengumpulan data. Instrumen soal selidik telah mencatatkan nilai CVI 0.98, manakala nilai Alpha Cronbach adalah 0.87. Maka, kedua-dua nilai ini boleh ditafsirkan sebagai diterima dan cemerlang. Seramai 97 orang guru yang mengajar tingkatan empat dan lima bagi mata pelajaran sains, biologi, fizik, kimia, matematik serta matematik tambahan di sekolah menengah daerah Kuala Selangor dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak mudah. Seterusnya, perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 27.0 digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul dan dibentangkan dalam bentuk statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi yang terlibat ialah korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap PTPK guru berada pada tahap sederhana, dengan min bagi setiap konstruk seperti berikut: PT (min=3.08, sp= .37), PP (min=3.43, sp= .38), PK (min=3.42, sp= .37) dan PTPK (min=2.95, sp= .44). Manakala, dapatan analisis inferensi menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan (r= .001, p> 0.05) antara tahap PTPK guru dan GPMP STEM SPM di sekolah menengah daerah Kuala Selangor. Namun, terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan kandungan terhadap pencapaian GPMP STEM dalam SPM. Hubungan ini adalah negatif dan sangat lemah (r= -.235, p < 0.05). Implikasinya, kajian ini dapat membantu pihak yang bertanggungjawab merangka jenis bengkel, kursus serta latihan profesionalisme agar dapat meningkatkan penguasaan terhadap kemahiran dan PTPK dalam kalangan guru STEM.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.