UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :P Language and Literature
DS Asia
Main Author :Nabillah Bolhassan
Title :Bahasa dan pemikiran Rosli Dhoby dalam pembinaan jati diri Melayu berdasarkan warkah terakhir
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2023
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini menganalisis pembentukan jati diri Melayu berdasarkan bahasa dan pemikiran Rosli Dhoby dalam warkah terakhir yang ditulisnya sebelum digantung. Jati diri merupakan elemen penting kerana jati diri merupakan sifat unik yang melambangkan keperibadian setiap individu sama ada dari aspek adat, bahasa, budaya mahupun agama. Hal ini seharusnya diberi penekanan kerana kekuatan jati diri dalam kalangan masyarakat terutamanya anak muda sering menjadi kebimbangan. Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang Sarawak telah menunjukkan nilai jati diri yang tinggi berdasarkan warkah terakhirnya. Kajian ini dijalankan secara analisis kandungan dan analisis kajian berdasarkan Teras Pembinaan Jati Diri oleh Nik Rosila (2009), iaitu teras ketakwaan kepada Allah, teras akhlak dan teras ilmu pengetahuan. Hasil kajian mendapati bahawa bahasa dan pemikiran Rosli Dhoby dalam warkah yang digarapnya telah berjaya membentuk jati diri Melayu melalui pesanan, nasihat dan iktibar yang disampaikannya. Perkara ini sekali gus telah membuktikan bahawa Rosli Dhoby sewajarnya diberi penghormatan yang tinggi bukan sahaja kerana pengorbanannya terhadap tanah air tetapi juga melalui warkah tersebut pesanan dan nasihatnya sewajarnya menjadi pedoman dan mesej dalam menerapkan jati diri dan semangat patriotisme. Kata kunci: warkah terakhir; jati diri; ilmu pengetahuan; akhlak; ketaqwaan

References

Abdul Latiff Abu Bakar. (2004). Menghayati fungsi komunikasi puisi Melayu dalam pembinaan jati diri warga Malaysia. Kuala Lumpur: Univerisiti Malaya.

Adibah Sulaiman, Noorsafuan Che Noh & Ezad Azraai Jamsari. (2019, Oktober). Jati diri kanak-kanak Melayu, Islam menerusi pendidikan awal. Paper presented at Seminar Tamadun, Etnik & Turath Islam (i-STET), Universiti Sains Islam Malaysia.

Ahmad Mohamad Said. (2009). Jati Diri dan Psikik Melayu. Selangor: Kolej Dar al-Hikmah.

Ahmad Munawar Ismail, Zakaria Stapa & Siti Aishah Suhaimi. (2012). Islam dan pembentukan jati diri bangsa Melayu. Jurnal Hadhari Special Edition, 143-154.

Azhar Wahid. (2003). Pemikiran A. Samad Said dalam: Ingin jadi pujangga. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Farra Humairah Mohd & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2016). Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-Kanak. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 7, 35-51.

Hashim Musa. (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia menghadapi globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Intan Zahariah Gaisun & Arbaie Sujud. (2019). Beriman kepada Allah SWT sebagai fitrah manusia dalam skrip Drama ‘Tiang Segi Tegak Berlima’ Karya Noordin Hassan. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, 1-11.

Jaffary Awang (2009). Pendekatan Islam Hadhari ke arah memperkasakan identiti Melayu-Muslim di Malaysia. Jurnal Islam Hadhari, 1(1), 99-116.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzuki, M.Ag. (2009). Pembinaan akhlak mulia dalam hubungan antara sesama manusia dalam perspektif Islam. Humanika: Kajian Ilmiah Mata Kuliah Umum, 9 (1), 25-38.

Mohd. Yusof Othman, Jawiah Dakir, Abdul Latif Somian, Mohd Safar Hasim, Noor Aziah Mohd Awal, Sahmsul Azhar Yahya, Rosilawati Mohd Hanapi, Noralina Omar & Mujahid Abu Bakar. (2012). Jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Hadhari Special Edition, 67-78.

Muhamed Fauzi Othman dan Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2002). Konsep jati diri Melayu baru: Suatu analisis kritis Terhadap Cabaran dan Hala Tuju Masyarakat Melayu dalam Persejegatan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhamed Fauzi Othman dan Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2002, Oktober). Konsep Jati Diri dan Melayu Baru: Suatu Analisis kritis terhadap cabaran dan hala tuju Masyarakat Melayu dalam pensejagatan dunia globalisasi. Paper presented at Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing ke-2, Beijing, China.

Nik Rosila Nik Yaacub. (2009). Pembinaan identiti diri bangsa Melayu: Perspektif Pendidikan Psikososial. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Nordie Achie. (2018). Rosli Dhoby dan Rukun 13. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Sapir Whorf. (1949). Culture and language Use. Amsterdam: John Benjamin Publishing. 234-248.

Shamsul Aizuwani & Celinea Lasan. (2019). Bahasa dan pemikiran Melayu Abad ke-19. Dalam Frank. S Swettenham. ‘Vocabulary of the English and Malay Languages with Notes.’ Kangar: UniMAP Press.

Shiyamu Manurung. (2011). Pendidikan akhlak dalam keluarga: Kasus Studi Keluarga Batak Toba Islam di Sumatera Utara. Sumatera Utara: UIN Sumatera

Syaidul Azam Kamarudin & Arbai’e Sujud. (2017). Jati diri Melayu dalam kumpulan Puisi Terpilih A. Aziz Deraman: Teori Pengkaedahan Melayu. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 7, 47-63.

S. Sururudin. (2010). Konsep Bahagia: Analisis terhadap pemikiran Plato. Jurnal Media Akademika, 25(2),230-764.

Wan Muhammad, S.A.A. (2010). Strategi, kaedah dan pelaksanaan dakwah dalam membina jati diri kebangsaan. dalam Mohd Yusof Osman. Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari, 85-96.

Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf & Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Islam asas pembentukan jati diri bangsa Melayu-Muslim. Jurnal Hadhari Special Edition, 129-141.

Zaitul Azma dan Ahmad Fuad. (2011). Bahasa dan Pemikiran dalam peribahasa Melayu. Gema Online Journal of Language Studies, 11 (3), 31-51.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.