UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Korpus merupakan sumber yang amat bernilai sebagai sumber data dalam kajian linguistik bahasa Melayu kini. Sejak akhir 90-an, korpus mula dimanfaatkan oleh ramai pengkaji linguistik bahasa Melayu dalam kajian peringkat sarjana dan doktor falsafah. Terkini, Kamus Dewan Perdana (2020) juga memanfaatkan korpus dan laman sesawang sebagai sumber data. Data raya daripada pelbagai sumber ini membolehkan pelbagai data diperoleh dan dimanfaatkan untuk tujuan kajian linguistik bahasa Melayu dalam tempoh yang singkat. Namun, penggunaan korpus sebagai sumber data menuntut pendekatan, strategi dan matlamat yang betul bagi membolehkan dapatan yang diperoleh empiris dan boleh dipertanggungjawabkan. Data korpus yang dimanfaatkan bukanlah satu jaminan bahawa hasil atau dapatan yang diperoleh merupakan dapatan yang sahih yang tidak boleh dipertikaikan dengan alasan ‘itulah bentuk bahasa yang digunakan oleh penutur jati bahasa Melayu’ dan ‘data korpus merupakan data autentik yang dikutip berdasarkan konteks penggunaan yang sebenar’. Penggunaan korpus sebagai sumber data dalam kajian tatabahasa pula menjadi semakin kompleks khususnya yang melibatkan pembentukan rumus dalam bidang morfologi atau sintaksis. Oleh itu, makalah ini diketengahkan bagi membincangkan dengan perinci tentang keupayaan dan kekangan korpus sebagai sumber data kajian linguistik bahasa Melayu agar keghairahan pengkaji menggunakan korpus dalam kajian linguistik bahasa Melayu dapat diwajarkan.
Kata kunci: korpus, linguistik, bahasa Melayu, kekuatan, kelemahan |
References |
Abdullah Hassan et al. (2006). Sintaksis. Siri Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publications &Distributor Sdn. Bhd Asmah Hj. Omar. (2015). Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Kelima). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Aston, G. (1997). Enriching the learning environment: Corpora in ELT. Dlm. A. Wichmann, S. Fligelstone, T. McEnery & G. Knowles (Eds.), Teaching and language corpora, 51-64. London: Longman. Cook, G. (2003). Applied linguistics: Oxford introductions to language study (H. G. Widdowson, Series Ed.). Oxford: Oxford Univeresity Press. Crystal, D. 1991. A Dictionary of linguistics and phonetics. Dicapai pada 9 Jun 2023 daripada http://www.natcorp.ox.ac.uk/what/whatis.html (13 Mac 2004) Halliday, M.A.K, et al.(2004). Lexicology and Corpus Linguistics: An Introduction. London: Continuum. Hanks, P. (2009). The impact of corpora on dictionaries. Dlm. P. Baker (Ed.), Contemporary corpus linguistics, (214 – 236). New York: Continuum International Publishing Group. Hishamudin Isam, Faizah Ahmad dan Mashetoh Abd. Mutalib. (2014). Wajaran Penggunaan Data Korpus dalam Penulisan Ilmiah: Dimensi Baharu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – Mylej). Vol. 4, Bil. 2 (Nov. 2014): 67-77 Kamus Dewan Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu. (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Perdana. (2020). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. McEnery & Wilson. (1996). Corpus linguistics. Edinburgh: Edinburgh University Press. McEnery, T & Wilson, A. (2001). Corpus linguistics. An introduction. Ed. ke-2. Edinburgh: Edinburgh University Press. Mindt 1991. Corpora and Semantics. Dicapai pada 9 Jun 2023 daripada http://www.ling.lancs.ac.uk/monkey/ihe/linguistics/corpus4/4fra1.htm (7 Januari 2004) Nik Safiah Karim et al. (2010). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Oostdijk, N & Haan, P. de. 1994. Clause patterns in modern British English: A corpus-based (quantitative) study. ICAME Journal 18: 4179 Oxford Advanced Learner’s Dictionary. Tentative. Dicapai pada 10 Jun 2023 daripada https://www.oxfordlearnersdictionaries.com/definition/english/tentative?q=tentative) Rundell, M. (1996). The corpus of the future and the future of the corpus. Dicapai pada 10 Jun 2023 daripada http//www.ruf.rice.edu/~barlow/futcrp.html Rusli Abdul Ghani. (2004). Pangkalan data korpus DBP: Perancangan, pembinaan dan pemanfaatan. Kertas kerja Seminar Sehari Linguistik ( SKALI 05 ) UKM-DBP. Bangi, 12-13 April 2005 Schmied. 1993. Begriffsglossar und index zu ulrichs von zatzikhoven lanzelet. Dlm. McEnery,T & Wilson, A. corpus linguistics. An introduction, hlm. 104-109. Ed. ke-2. Edinburgh: Edinburgh University Press. Sinclair, J. (1991). Corpus, concordance, collocation. Oxford: Oxford University Press. Sinclair, J. (1997). Corpus evidence in language description. Dlm. Wichmann, A et al. (pnyt.), Teaching and language Corpora, hlm. 27-39. Longman: London & New York. Siti Aeisha Joharry dan Hajar Abdul Rahim. (2014). Corpus Research In Malaysia: A Bibliographic Analysis. Kajian Malaysia, Vol. 32, Supp. 1, 2014, 17–43 Penerbit Universiti Sains Malaysia Williams, Geoffrey. (2023). From meaning to words and back: Corpus linguistics and specialised lexicography. 91-106 dicapai daripada https://doi.org/10.4000/asp.1320
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |