UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Gaya pembelajaran ialah gaya yang dipraktikkan oleh individu tertentu dalam proses
pembelajaran yang membezakan mereka daripada individu lain. Setiap pelajar
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berdasarkan keupayaan dan tahap
keselesaan mereka. Terdapat tiga gaya pembelajaran yang lebih umum iaitu gaya
pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik (VAK) yang biasanya dimiliki oleh
pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran visual,
auditori, kinestetik terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam topik Respirasi
Tingkatan 3. Kajian kuantitatif melalui reka bentuk kajian korelasi telah dilaksanakan
yang melibatkan seramai 60 orang pelajar Tingkatan 3 dari sebuah sekolah dalam
daerah Tanjong Malim dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Dua
instrumen kajian yang digunakan iaitu soal selidik gaya pembelajaran dan ujian
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27. Hasil
analisis menunjukkan min keseluruhan bagi setiap item soal selidik berada pada tahap
sederhana tinggi iaitu gaya pembelajaran auditori (3.81) diikuti dengan visual (3.78)
dan kinestetik (3.68). Dapatan korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan
positif yang rendah secara signifikan bagi gaya pembelajaran kinestetik (0.019),
sebaliknya tiada hubungan yang signifikan bagi gaya pembelajaran visual (0.135) dan
auditori (0.070), terhadap KBAT pelajar. Kesimpulannya, gaya pembelajaran kinestetik
berupaya untuk menerapkan pemikiran aras tinggi pelajar dalam topik Respirasi.
Implikasi kajian ini, guru perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap
strategi pengajaran yang menyasarkan pelajar dengan gaya pembelajaran visual,
auditori dan kinestetik. Strategi dan teknik pengajaran yang sesuai dapat membantu
pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam Sains. |
References |
Anderson, L., Krathwohl, D., Airasian, P. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing. A revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. New York: Pearson, Allyn & Bacon. Andin, C., & M.z, R. (2023). Pengajaran KBAT Merentas Kurikulum: Cabaran Guru dalam Pelaksanaan. Jurnal Pemikir Pendidikan, 11(1), 61–72. Abang Tar, D., & Mahmud, M. (2021). Minat, Tingkah Laku Distruptif Dan Gaya Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 49-64. Abdul Aziz, F.A., & Abd Rahman, F. (2018). Sorotan Kajian Kesediaan dan Keperluan Guru Bahasa Melayu Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Di Bilik Darjah. Pendeta, 9, 80–101. Abdullah, N.S.A. (2022). Inovasi “Senaman Respirasi” untuk Meningkatkan Penguasaan Mekanisme Menarik dan Menghembus Nafas: Satu Kajian Tindakan. International Journal of Education, Islamic Studies and Social Sciences Research, 7(2),106121. Abdul Rahim, N., Meor Fadzir, N. A., Zaimal, N. A. H., Arias Yahaya, F. F., Zainol, Z. I., & Husin, M. R. (2021). Implikasi Gaya Pembelajaran Koperatif Subjek Sains Bagi Murid Tahap Dua di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang. Journal of Humanities and Social Sciences, 3(2), 57–66. Abu, B., Md Johan, O., Syed Mansor, S. M. S., & Jaafar, H. (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Agir, N., & Matore, E.. (2022). Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Satu Tinjauan Terhadap Pelajar Kolej Vokasional. Arshad, M. A. Y., & Yasin, M. R. (2015). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid dalam Konteks Penyelesaian Masalah bagi Mata Pelajaran Sains. Asian Education Action Research Journal, 4, 81-96 Ahiri, J., Dunifa, L., Tanduklangi, A., Rahman, A., & Ghani, A.. (2013). The Effect of Learning Strategies on Higher-Order Thinking Skills Students with Different Learning Styles. International Journal of Science and Research, 4, 2319–7064. Ahmad, M. F. (2021). Pembelajaran Berasaskan Aplikasi Iedutech Berdasarkan Gaya Pembelajaran Visual dalam Kalangan Pelajar Teknikal dan Vokasional (PTV). Tesis ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (KBV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Alvi, M. (2016). A Manual for Selecting Sampling Techniques in Research. Retrieved from https://mpra.ub.uni-muenchen.de/70218/. Amin, M. H., & Mustafa, H. N. (2014). Gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar dalam reka bentuk aturcara. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 3(2), 1–12. Ahmad, A. (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Altman, D. G. (1991). Practical statistics for medical research. London: Chapman & Hall. Bond, t. G. & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model Fundamental Measurement in the Human Sciences. Routledge. Banas, R. A. 2018. Perceptual learning styles of students and its effect to their academic performance. International Journal of Trend in Scientific Research and Development (IJTSRD) 3(1), 401–409. Chik, Z., Abdullah, A. H., Muda, H., & Istikomah, I.. (2018). Peranan Faktor Demografik Dalam Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran, Disiplin Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar. Halaqa: Islamic Education Journal, 2(1), 101. Chong, L., & Han, C. G. K. (2023). Tahap Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 11(1), 73–80. Cooper, D. R., & Schindler, P. S. (2011). Business research methods. (11th ed.). New York: McGrawHill. Davis, L. L. (1992). Instrument review: Getting the most from your panel of experts. Applied Nursing Research, 5, 194–197. Dunn, R., & Burke, K. (2006). Learning Style: The Clue To You. In LSCY: Research and Implementation Manual. www.cluetoyou.com. Dunn, R., & Dunn, K. (1979). Learning Styles/Teaching Styles: Should They ... Can They ... Be Matched? Educational Leadership, 36(4), 238–244. Darus, F., Saat, R. M., & Zakaria, A. R. (2013). Transformasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(3), 47–57. Emda, A. (2018). Kedudukan Motivasi Belajar Siswa dalam Pembelajaran. Lantanida Journal, 5(2), 172–182. Geraman, C. L., & Wahid, A. (2019). Prinsip pembelajaran mentalis dalam pengajaran dan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah. Jurnal Peradaban Melayu, 14, 22–34. Han, C. G. K., Fah, L. Y., Gang, G. C. A & Bansa, L. A. (2018). Pengaruh Aspek Input Amali Sains Terhadap Aspek Proses Amali Sains dalam Kalangan Guru - Guru Sains di Sekolah Menengah Luar Bandar Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(21), 64-80. Hassan, M. N., Mustapha, R., Nik Yusuff, N. A., & Mansor, R. (2017). Pembangunan Modul Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di dalam Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah: Analisis Keperluan Guru. Sains Humanika, 9(1-5). Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education Jaharudin, N., & Remeli, H. (2023). Kesan Penggunaan Video 3600 Amali Secara Atas Talian Kursus DJJ30113 Terhadap Pencapaian Pelajar. Engineering and Technology International Journal, 5(01), 1–11. Jamian, N. F. M. (2012). Kecenderungan Gaya Pembelajaran Model Dunn dan Dunn dan Model Honey dan Mumford di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda FPTP di UTHM. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Jusoh, N., & Osman, K (2019). Tahap Kesediaan dan Keperluan Latihan Guru dalam Mengaplikasikan KBAT dalam PdPC Sains. International Journal of Modern Trends in Social Sciences, 2(8), 42-54. Johanson, G.A., & Brooks, G.P. (2010). Initial scale development: sample size for pilot studies.Educational and Psychological Measurement, 70(3), 394-400. Karim, F. A., & Puteh, M. (2019). The Development of Higher Order Thinking Skills (HOTS) Assessment Instrument for Word Problems. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(6). Kaviza, M. (2019). Pengaruh Antara Gaya Pembelajaran dan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah: Satu Tinjauan di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(4), 98–108. Kamaruddin, M. I., & Mohamad, A. (2011). Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar UTM. Journal of Educational Psychology and Counseling, (2), 51-77. Lim, C.H. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan kualitatif. Selangor: McGraw- Hill. Lubis, M. A., Hassan, W. N. S. W., & Hamzah, M. I. (2017). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan Islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 1(1), 1-13. Merriam, S.B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation(3rd ed). San Francisco, CA: Jossey-Bass. Mannogaran, V., & Nor Shaid, N.A. (2023). Kesahan dan Kebolehpercayaan instrumen mengenai pengetahuan, sikap dan cabaran guru dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(1), 1-12. Mahadi, F., Husin, M. R., & Md Hassan, N. (2022). Gaya pembelajaran: visual, auditori atau kinestetik. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(1), 29–36. Mohamed, F., & Surat, S. (2023). Pengetahuan dan Amalan Pengajaran VAK Guru dalam Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(5), 1-16. Martini, I., Rudyatmi, E., & Ridlo, S. (2016). Pengaruh Model Discovery Learning dengan Gaya Belajar VAK (Visual, Auditori, Kinestetik) Terhadap Pembelajaran Invertebrata di SMA. Unnes Journal of Biology, 5 (1), 55-64. Mohd Salleh, N., & Er, P. T. (2022). Penggunaan Model VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) dalam Proses Penyelesaian Masalah Matematik Murid Masalah Pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2), 95-102. Mustaffa, E. N., & Ghani, M. F. A. (2020). Pemikiran Futuristik dalam Kalangan Pemimpin Murid SMKA dan SMA di Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3), 54-69. Miftahul, H. (2013). Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran: Isu Metodis dan Paradigmatis. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Nugraha, I., Putri, N. K., & Sholihin, H. (2020). An Analysis of the Relationship between Students’ Scientific Attitude and Students’ Learning Style in Junior High School. Journal of Science Learning, 3(3), 185–195. Nasip, A. M., & Tek, O. E. (2022). Pandangan Guru Terhadap Tahap Kesukaran Topik-Topik Sains Tahun Satu. Jurnal ILMI, 11(1), 26–33. Phang, F. A., Abu, M. S., Ali, M. B., & Salleh, S. (2014). Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan Tesis. Sains Humanika, 2(4), 63-71. Pantas, A. A., Hasruddin, H., & Sipayung, M. (2020). The Influence of Student Learning Style on Higher Order Thinking Skill (HOTS) of Cell Structure and Function Topic. Jurnal Pelita Pendidikan, 8(1), 71-79. Peng, C. F., & Hamad, H Z. (2018). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu Melalui Teknik Penyoalan (Higher Order of Thinking Skills in Teaching and Learning Malay Language through Questioning Technique). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 1–12. Raflee, S. S. M., & Halim, L. (2021). The Effectiveness of Critical Thinking in Improving Skills in KBAT Problem Solving: Keberkesanan Pemikiran Kritis dalam Meningkatkan Kemahiran dalam Penyelesaian Masalah KBAT. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 60–76. Ridzuan, R. Q. (2017). Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dengan Pencapaian Matematik Murid Tingkatan Satu. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rini, D. S., Adisyahputra, A., & Sigit, D. V. (2020). Boosting Student Critical Thinking Ability through Project Based Learning, Motivation and Visual, Auditory, Kinesthetic Learning Style: A study on Ecosystem Topic. Universal Journal of Educational Research, 8(4A), 37–44. Raiyn, J. (2016). The Role of Visual Learning in Improving Students’ High-Order Thinking Skills. Journal of education and Practice, 7(24), 115. Ramlee Mustapha (1999). The Role of Vocational and Technical Education in the Industrialization of Malaysia as Perceived by Educators and Employers. Tesis PhD. Tidak diterbitkan. Purdue University. Setiawan, W., Rosita, N. T., & Beni. (2020). The influence of learning styles on students’mathematical critical thinking skills in solving trigonometric problems. Journal of Physics: Conference Series, 1657, 1-7. Schulz, H. & Fitzpatrick, B. (2016). Teacher’s Understandings of Critical and Higher Order Thinking and What This Means for Their Teaching and Assessments. Alberta Journal of Educational Research, 62(1), 61-68. Song, M. A., Wakanan. N. H., & Wakanan, L. (2021). Persepsi Guru Terhadap Gaya Pembelajaran VAK dalam Membantu Pelajar Peralihan Membaca dan Menulis (Teachers’ Perception on VAK Learning Style to Support Transition Students’ Reading and Writing Skills). Malim: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara (Sea Journal of General Studies), 22(1), 238–245. Sadiq, F. W. M. J., & Hassan, M. M. (2021). Konsep Kendiri dan Gaya Pembelajaran terhadap Motivasi Akademik dalam kalangan Mahasiswa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(2), 75–105. Shukor, N. S. A., & Masroom, M. N. (2020). Gaya Pembelajaran dan Motivasi dalam Kalangan Calon SPM di Sebuah Sekolah Menengah Agama di Negeri Johor. Jurnal Kemanusiaan, 18(2), 77-90. Siong, W. W., & Osman, K. (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan STEM dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 3(1), 121–135. Sekaran, U. (1992). Research methods for business: A skill building approach (ed ke- 2). New York: Wiley & Son, Inc. Salleh, M. N., & Er, P. T. (2022). Penggunaan Model VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) dalam Proses Penyelesaian Masalah Matematik Murid Masalah Pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2), 95–102. Vadivalu, V., & Osman, K. (2015). Persepsi dan Masalah yang Dihadapi oleh Guru Sains dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Proceeding 7th International Seminar on Regional Education, 2(0),1077–1082. Wiersma, W. 1991. Research methods in education. 5th ed. Boston: Allyn & Bacon. Yee, M. H., Yunos, J. Md., Othman, W., Hassan, R., Tee, T. K., & Mohamad, M. M. (2015). Disparity of Learning Styles and Higher Order Thinking Skills among Technical Students. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 204, 143–152. Zulfiani, Z., Suwarna, I. P., & Miranto, S. (2018). Science Education Adaptive System as a Computer-Based Science Learning with Learning Style Variations. Journal of Baltic Science Education, 17(4), 711-727. Zorkarphy, N. Z., Mohd Jaafar, M. F., & Abu Bakar, N. A. (2021). Gaya Pembelajaran yang Digemari dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Psikologi di Universiti Swasta Perak. Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah 2021. Retrieved from http://conference.kuis.edu.my/icomm/8th/images/021-005. Zakaria, N., Ali, A., Hamidon, N. I., & Abd Rasap, S. (2018). Aplikasi Peta Pemikiran I-Think dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Online Journal for TVET Practitioners. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4795. Zi-Huang, O., & Selamat, M. N. (2023). Hubungan Antara Gaya Kemimpinan dengan Motivasi dalam Kalangan Jururawat di Pulau Pinang. Jurnal Wacana Sarjana, 7(1), 1–6.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |