UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Nur Farhanis Faisal
Title :Kesan pembelajaran ilmu Turath terhadap guru agama Kurikulum Bersepadu Dini di daerah Kinta Utara Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2024
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru agama Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di sekolah dalam daerah Kinta Utara, Perak terhadap keperluan pembelajaran ilmu turāth. Kajian ini juga menganalisis kesan pembelajaran ilmu turāth terhadap ilmu pengetahuan dan akhlāq guru agama KBD. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti masalah berkaitan pembelajaran ilmu turāth yang berlaku dalam kalangan guru agama KBD agar dapat didatangkan solusi bagi masalah tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif sepenuhnya melalui pelaksanaan sesi temu bual secara semi-struktur. Seramai enam (6) orang guru agama yang terlibat dengan Kurikulum Bersepadu Dini dari tiga (3) buah sekolah yang berbeza telah dipilih sebagai responden kajian ini. Data di analisis secara manual, iaitu pengkaji melakukan bacaan data yang telah ditranskripsi secara berkala dan meletakkan data yang diperolehi ke dalam tema yang telah disenaraikan. Dapatan kajian mendapati bahawa ilmu turāth dilihat sebagai salah satu keperluan bagi guru agama KBD kerana ilmu turāth merupakan salah satu sumber rujukan ilmu utama yang kaya dengan asas-asas ilmu agama. Kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran ilmu turāth mempunyai kesan yang positif terhadap ilmu pengetahuan guru agama KBD. Tambahan, pada kajian ini juga mendapati bahawa pembelajaran ilmu turāth mempunyai kaitan terhadap pembinaan akhlāq guru agama KBD. Secara keseluruhannya, pembelajaran ilmu turāth memberi impak yang positif dalam kehidupan seseorang individu khususnya guru agama KBD dalam meningkatkan tahap penguasaan ilmu agama dan kesediaan untuk mengajar mata pelajaran di bawah KBD. Pembelajaran ilmu turāth bukan sahaja memberi implikasi kepada guru agama KBD terhadap kesediaan dan kemampuan, bahkan mampu menjadikan proses PdP juga mencapai objektif utama dalam pelaksanaan KBD.

References

Ab. Halim Tamuri. (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, DisertasiSarjana, FakultiPendidikanIslam,UniversitiKebangsaan Malaysia. 

Aisyah Ab Rahim & Mohd Roslan. (2020). Institusi Pengajian Pondok di Selangor: Kajian terhadap Sejarah dan Perkembangan. Online Journal Research in IslamicStudies,7(2),1-12. 

Al-Quran al-Karim. 

Alipiah. (2011). Minat Mahasiswa Pendidikan Agama Islam dalam Pembelajaran Kitab Kuning. Tesis, Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, UIN Syarif HidayatullahJakarta. 

Arzizul Antin & Dg Norizah. (2018). Pengaruh Beban Tugas dan Motivasi Terhadap Keefisienan Kerja Guru Sekolah Menengah di Sabah. Malaysian Journal of SocialSciences andHumanitis,3(2),77-84. 

Bahagian pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Islam. (2015). Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini. Tarikh diakses 26 Nov 2023 dari https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/surat-pemakluman­pelaksanaan-dan-maklumat-asas-bagi-kurikulum-bersepadu-dini-kbd-dan­kurikulum-bersepadu-tahfiz-kbt. 

Bahrudin & Moh Rifa’i. (2021). Implementasi Pembelajaran Kitab Kuning Sebagai Upaya Pembentukan Karakter Religius Santri. Ta’alim: Jurnal Studi PendidikanIslam, 4(1). 1-21. 

Harapandi Dahri. (2016). Pengajaran Kitab Turats Melayu diBrunei Darussalam. Al­Fikra:JurnalIlmiahKeislaman, 15(1),151-176. 

Harapandi Dahri. (2020). Kitab Turath as Local Genuine to Humanizing Changes. BorneoInternationalJournal ofIslamicStudies,2(2),177-199. 

Irwayani. (2019). Hubungan Persepsi Siswa Tentang Kemampuan Guru Mengajar dan Mengorganisasikan Materi Pembelajaran dengan Hasil Belajar Kitab Kuning di Pesantren Darussa’Adah Kecamatan Pangkalan Susu Kabupaten Langkat. Tesis, Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, UIN Sumatera Utara Medan. 

Kamarulzaman Abdul Ghani. (2020). Pengajaran Mata Pelajaran Agama Berasaskan Bahasa Arab dalam Kurikulum Bersepadu Dini. Seminar Kebangsaan Penyelidikan Pendidikan Dini Dan Tahfiz (SEDITA 2020). Atas Talian, 16-17 Jun. 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Statistik Bilangan SMKA dan SABK di Kementerian Pendidikan Malaysia. Tarikh diakses 26 Nov 2023 dari https://www.moe.gov.my/statistik-menu/statistik-bilangan-smka-dan-sabk-di­kementerian-pendidikan-malaysia. 

Khairatul Akmar Abd Latif, Mohammad Rafian Ismail, Ahmad Redzaudin Ghazali &Nur Syahirah Zulkapeli. (2021). Kelestarian Turath Bahasa Arab di Pondok-Pondok Sebagai Pemangkin Tradisi Ilmu. Jurnal Bahasa dan Linguistik, 3(2), 56-68. 

Mazuki Mohd Yasim. (2011). Pembelajaran Berasaskan Pengalaman. Editor: Md Amin Md Taff. Pendidikan Luar -Definisi, Falsafah dan Aplikasi. Tanjong Malim:UPSI. 

Md Ramly Mahmood. (2005). Peranan Pondok dalam Pendidikan Islam di Kelantan: Suatu Kajian di Pasir Mas, Kelantan, Disertasi Sarjana, Akademi Pengajian Islam,UniversitiMalaya. 

Mohd Ridwan, Mohd Muhiden & Mohamad Azrien. (2021). Pelaksanaan Pengajian Ilmu Hadith dalam Mata Pelajaran Turath al-Sunnah Kurikulum al-Syahadah al-Ulya UlulAlbab: SatuPenilaian Awal. JurnalAr-Ra’iq,4(2). 1-33. 

Mohammad Muchlis Solichin. (2018). Teori Belajar Humanistik dan Aplikasinya dalam Pendidikan Agama Islam: Telaah Materi dan Metode Pembelajaran. JurnalStudiIslam,5(1), 1-12. 

Muhammad Haron, Abdul Manan, Adnan, Mohd Izzuddin, Ahmad Shafiq, Diyak Ulrahman, Mohd Bakri Aziz & Jamaliah Rani. (2018). Kurikulum Bersepadu Dini: Pelaksanaan dan Cabaran. 4th International Conference on Islamiyyat Studies2018.18-19Septermber. 

Muhammad Umudee. (2011). Keberkesanan Strategi Pengajaran al-Amin Terhadap Kefahaman Akhlak Pelajar Sekolah Menengah Agama Selatan Thailand, Tesis, FakultiPendidikandanPembangunan Manusia,UPSI. 

Mujizatullah. (2018). Sistem Pengajian Kitab Kuning pada Mahasiswa di Perguruan Tinggi. Jurnal al-Ulum,18(2), 301-316. 

Mukti Baharudin & Makiah Tussaripah. (2012). Peranan Kitab Ta’alimal-Muta’alim Tariq al-Ta’alum dalam Memperkasa Sistem Pendidikan Kontemporari di Malaysia. Konferensi AntarabangsaIslamBorneo ke-5. Brunei. 6-7September. 

Mulky Solahuddin. (2013). Pembelajaran Metode Tamyiz Terhadap Kemampuan Menterjemahkan al-Quran dan Membaca Kitab Kuning di SMP Negeri 2 Kedokanbunder Indramayu. Tesis, Akademi Pendidikan Islam, IAIN Syeikh Nurjati. 

MurshidiMustapha, Miqdad Aswad, Nazri MatZin &Zainuddin Che Seman. (2022). Sumbangan Madrasah Muhammadiah dan Madrasah Rahmaniah dalam Kelestarian Pengajian Turath di Kelantan. Journal of Islamic, Social, EconomicsandDevelopment (JISED), 7(50). 65-81. 

Nazneen Ismail,NurzatilIsmah Azizan &SitiMursyidah MohdZin.(2021). Peranan Guru PengajianTurath Dalam PembentukanSahsiah Pelajar Pondok. Jurnal al­Hikmah,13(1), 43-71. 

NoorJamaluddin.(1978). PengertianGuru.Jakarta:PhilipusHadjon. 

Noraini Mohamad. (2015). Tekanan Kerja dalam Kalangan Guru: Kajian di Sebuah Sekolah Menengah Daerah Kluang Johor Darul Takzim. Disertasi, Pusat PengajianPengurusan Perniagaan,UUM. 

Norfatin Nadhiah Rosli. (2021). Beban Tugas dan Stres dalam Profesion Keguruan. Terengganu:TerengganuStrategic &IntegrityInstitue(TSIS). 

Norfishah Mat Rabi. (2023). Penulisan Proposal Penyelidikan Ilmiah. Tanjong Malim:UPSI. 

Nursafra Mohd Zhaffar. (2021). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Selangor: Bahagian Pendidikan IslamKPM. 

Osman Samurah. (2022). Gaya Pengajaran Guru, Pencapaian Kurikulum al-Syariah Bersepadu Dini dan Hubungannya dengan Akhlak Pelajar. International Conference onBusinessStudiesandEducation(ICBE). 2-3Julai. 

Othman Lebar. (2022). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metode.TanjongMalim:UPSI. 

Puaad Abdul Malik, Rahimin Affandi Abd Rahim, Ahmad Farid Abd Jalal & Huzaimah Ismail. (2018). Kitab Jawi dan Pengilmuan Masyarakat Melayu. Jurnal ‘Ulwan, 1(2). 34-57. 

Prosmala Hadisaputra, Ahmad Yussuf & Sarina Aini Kasim. (2020). Karakteristik Guru dalam Tradisi Pendidikan Nahdlatul Wathan, Lombok. Jurnal at-Tafkir, 13(1). 1-17. 

Rabiah Abdul Rahman, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, SitiNor Baya Mat Yacob, Siti Norazhani Mohd Tohar & Khadijah Muda. (2018). Kemahiran Membaris dan Membaca Kitab Tafsir al-Quran al-Azim dalam Kalangan Pelajar Universiti SainsIslamMalaysia. Jurnal al-Turath, 3(2). 9-15. 

RamliSaadon, Khairi Ariffin&Ishak Saat. (2015). PerkembanganPendidikanOrang Melayu di Malaya Sebelum Kemunculan Western-Type-Education. Jurnal SainsSosialdanKemanusiaan, 8(2),79-96. 

Rorsuedee Salaeh. (2007). Pengajian Hadith: Satu Kajian di Sekolah Menengah Islam al-Amin Gomak, Selangor. Disertasi Sarjana, Akademi Pengajian Islam, UniversitiMalaya. 

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: StrategidanTeknikMengajar denganBerkesan.Bentong: PTSPublications. 

Shohana Hussin. (2020). Pendidikan Kerohanian dalam Kitab Turath Jawi Siyar al-Salikin. JurnalSainsInsani, 5(1). 67-72. 

Siti Saniah, Dahlia Janan, Alizah Lambri & Nurul Rafina. (2019). Kaedah Pengajaran di Institusi Pengajian Pondok. O-JIE: Online Journal of Islamic Education,7(2). 10-20. 

Solahudin Ismail. (2014). Sistem Pengajian Turasi Islam di Malaysia: Satu Tinjauan Awal Berdasarkan Sejarah Perkembangannya. 23rd Conference of the International Association of Historians of Asia 2014. Kepala Batas, 23­27Ogos. 

Supyan Inayatulloh, Ahmad Sukandar & Marwan Setiawan. (2022). Pembelajaran Kitab Kuning di SMP Fauzaniyyah Sukaresmi Garut untuk Mencetak Siswa Unggul. TheJournal ofEducationalResearch, 2(1), 1-13. 

Surya Mohammad. (1997). Psikologi Pembelajaran dan Pengajaran. Bandung: PPB­IKIP Bandung. 

Syaifullah. (2017). Pendidikan Karakter Melalui Pembelajaran Kitab Kuning (Risalatul Muawwanah) di SMA Ma’Arif Sukorejo. Jurnal Ilmu al-Quran dan Tafsir, 2(2),321-340. 

Syed SalimSyed Shamsuddin.(2018). Pemantapan Pelajar Aliran Syariah diInstitusi Pengajian Tinggi Melalui Pengajian Kitab Turath Jawi: Tinjauan Terhadap Perlaksanaan Pengajian Talaqqi di Universiti Sains Islam Malaysia. Jurnal SainsInsani,3(1). 27-37. 

Syed Salim Syed Shamsuddin, Muhammad Farid Wajdi, Abdul Karim Pardon & Mohd Faisal Mohamed. (2020). Kitab Turath Fiqh Syafie Jawi Sebagai Medium Penyampaian Ilmu Fardu Ain di Malaysia: Analisis Metodologi Penulisan Kitab Hidayat al-Sibyan fi Ma‘rifat al-Islam wa al-Iman. Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS 2020). Universiti Sains Islam Malaysia, 15Oktober. 

Teuku Iskandar. (2016). Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka. 

Tohirin. (2005). Psikologi Pembelajaran Pendidikan Agama Islam. Jakarta: RajaGrafindoPersana. 

Zahdi Taher. (2020). Pembelajaran Kitab Kuning dalam Menangkal Radikalisme. Jurnalal-Ri’ayah, 5(1). 103-112. 

Zulkarnin Zakaria, Maisarah Amirah, Wan Ahmad, Ainul Farha, Liyana Amalina & Nurdalila A’wani. (2022). Turath Unpacked: Synthesizing the Knowledge of the Traditional Islamic Reference Books from the Gifted Muslim Students’ Perspective. Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami. AtasTalian.19Oktober. 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.