UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan aplikasi ipad \"Digital Gamelan\" untuk pengajaran dan pembelajaran gamelan melayu tingkatan satu

AVAILABLE Thesis 628 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan aplikasi ipad \"Digital Gamelan\" untuk pengajaran dan pembelajaran gamelan melayu tingkatan satu
Type
Thesis
Main Author
Zulazri Yusof
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2020
Notes
With cd
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Bahan sokongan pembelajaran atau alat bantu mengajar merupakan antara elemen tambahan yang penting  dalam membantu guru merealisasikan hasrat sesuatu kurikulum. Kajian ini bertujuan membangunkan satu  aplikasi peranti mudah alih iPad yang diberi nama "Digital Gamelan" sebagai bahan bantu mengajar  (BBM) dan pengayaan bagi pengajaran dan pembelajaran Bidang Ensembel Muzik (Gamelan Melayu) untuk  pelajar Tingkatan 1. Objektif kajian ini pula adalah untuk (a) mengenal pasti kandungan aplikasi  "Digital Gamelan" yang bersesuaian dengan pelajar Tingkatan 1 (Permulaan), (b) mereka bentuk  aplikasi "Digital Gamelann untuk pelajar Tingkatan 1 (Permulaan) dan (c) menilai kebolehgunaan  aplikasi "Digital Gamelann untuk pelajar Tingkatan 1 (Permulaan). Model reka bentuk instruktional  multimedia­ ADDIE (m-ADDIE) telah digunakan sebagai model pembangunan aplikasi ini. Penyelidik  memulakan kajian Peringkat Satu (Analisis) dengan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui  analisis dokumen daripada tiga sukatan pelajaran yang berkaitan bagi mengenal pasti topik yang  sesuai dijadikan kandungan aplikasi "Digital Gamelan". Data kajian Peringkat Satu (Analisis)  dikembangkan pada Peringkat Dua (Pembangunan) dalam fasa pembangunan aplikasi. Manakala pada  Peringkat Tiga (Penilaian), reka bentuk kuantitatif digunakan bagi menilai kebolehgunaan aplikasi yang telah siap dibangunkan melalui tiga orang pakar. Persetujuan pakar bagi aplikasi ini adalah  tinggi iaitu min = 3.75 (SP = 0.327). Hasil kajian mendapati gabungan elemen multimedia yang  interaktif seperti teks, grafik, animasi, bunyi, dan video telah menghasilkan aplikasi "Digital  Gamelan" yang sesuai dijadikan bahan pengayaan atau bahan bantu mengajar untuk pengajaran dan  pembelajaran Bidang Ensembel Muzik (Gamelan Melayu) bagi pelajar Tingkatan 1 (Permulaan).  Kesimpulannya, dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa aplikasi "Digital Gamelan" ini mempunyai  kebolehgunaan  yang tinggi untuk pelajar Tingkatan 1.  lmplikasi kajian pula menyarankan agar  aplikasi ini dapat digunakan oleh pihak sekolah sebagai bahan bantu mengajar untuk mata pelajaran  pendidikan muzik di mana BBM seperti dilihat kurang di pasaran.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.