UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Nur Akmal Othman
Title :Perbandingan terjemahan metafora antara merpati putih lagi dan rang bai ge zai ci fei xiang
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2020
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Metafora merupakan bahasa figuratif yang sering kali digunakan dalam karya-karya sastera. Penggunaan metafora menjadikan sesuatu karya itu sukar untuk diterjemahkan, sesuai dengan kenyataan Newmark (1981) yang menyatakan bahawa teijemahan metafora merupakan satu permasalahan utama dalam bidang penteijemahan. Sehubungan itu, analisis teijemahan metafora daripada bahasa Melayu (BM) ke bahasa Cina (BC) dalam karya Merpati Putih Terbang Lagi oleh Khadijah Hashim dan terjemahannya, iaitu Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xianang akan dijalankan. Dalam kajian ini, pendekatan penterjemahan Newmark (1981) digunakan bagi meneliti strategi teijemahan metafora, manakala kerangka kajian Sakina Sahuri Suffian Sahuri (2000) pula digunakan bagi menentukan medan sumber metafora BM dan BC. Akhir sekali, perubahan medan sumber antara BM ke BC dikenal pasti. Berdasarkan analisis, strategi yang paling kerap digunakan ialah strategi teijemahan kepada pengertian semata-mata. Sebanyak 74% terjemahan metafora yang menggunakan imej yang lain mengalami perubahan medan sumber, iaitu apabila metafora daripada medan sumber manusia berubah kepada medan sumber alam dan sebaliknya, seterusnya perubahan juga berlaku apabila pecahan medan sumber tidak diterjemahkan ke dalam pecahan yang sama dalam teks sasaran.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.