Perbandingan terjemahan metafora antara merpati putih lagi dan rang bai ge zai ci fei xiang
Type
Thesis
Main Author
Nur Akmal Othman
Subject
PN Literature (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2020
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Metafora merupakan bahasa figuratif yang sering kali digunakan dalam karya-karya
sastera. Penggunaan metafora menjadikan sesuatu karya itu sukar untuk diterjemahkan,
sesuai dengan kenyataan Newmark (1981) yang menyatakan bahawa teijemahan
metafora merupakan satu permasalahan utama dalam bidang penteijemahan. Sehubungan
itu, analisis teijemahan metafora daripada bahasa Melayu (BM) ke bahasa Cina (BC)
dalam karya Merpati Putih Terbang Lagi oleh Khadijah Hashim dan terjemahannya, iaitu
Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xianang akan dijalankan. Dalam kajian ini,
pendekatan penterjemahan Newmark (1981) digunakan bagi meneliti strategi teijemahan
metafora, manakala kerangka kajian Sakina Sahuri Suffian Sahuri (2000) pula digunakan
bagi menentukan medan sumber metafora BM dan BC. Akhir sekali, perubahan medan
sumber antara BM ke BC dikenal pasti. Berdasarkan analisis, strategi yang paling kerap
digunakan ialah strategi teijemahan kepada pengertian semata-mata. Sebanyak 74%
terjemahan metafora yang menggunakan imej yang lain mengalami perubahan medan
sumber, iaitu apabila metafora daripada medan sumber manusia berubah kepada medan
sumber alam dan sebaliknya, seterusnya perubahan juga berlaku apabila pecahan medan
sumber tidak diterjemahkan ke dalam pecahan yang sama dalam teks sasaran.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.